Khamis, 24 Februari 2011

APA BARANG KABINET BAYANGAN???

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cabaran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan kabinet bayangan sebagai tanda Barisan Nasional sudah terasa tergugat dengan pembangkang.
“Saya menganggap ini sebagai kenyataan yang positif kerana langkah kami untuk merampas Putrajaya yang dulunya dianggap tidak realisitik kini dianggap realistik,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar di ibupejabat Keadilan, Rabu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu menyahut cabaran Najib untuk menubuhkan kabinet bayangan kerana mereka sudahpun menubukan jawatankuasa parlimen yang dianggotai tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain.
“Salah satu perkara yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa ini kepada kami ialah cadangan pelan ekonomi yang kini dikenali sebagai Buku Jingga. Jadi kami tak perlu tubuhkan kabinet bayangan.
“Secara positif saya melihat, kepimpinan UMNO yang dulu menolak kemungkinan Pakatan Rakyat mengambilalih, sekarang pertama kalinya mereka akui bahawa ada kemungkinan Pakatan Rakyat akan ambilalih. Jadi mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dan menteri-menteri kita,” katanya.
Sidang akhbar itu diadakan sejurus selepas dia menghadiri mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri
Pada sidang akhbar itu, Anwar turut mempersendakan lawatan Najib ke Turki yang katanya tidak akan berjaya menyekat sokongan negara-negara Islam terhadapnya.
“Sekiranya tujuan mereka untuk merapatkan hubungan, saya memang sokong, tetapi saya tetap mengekalkan hubungan akrab dengan pemimpin-pemimpin negara itu,” katanya.
Anwar malah mendakwa mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Perdana Menteri Turki , Recep Tayyip Erdoğan dan mendakwa isterinya, Wan Azizah juga amat rapat dengan isteri pemimpin itu.
“Saya baru menerima mesej, jadi tak ada masalah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan