Rabu, 23 Februari 2011

Pembantu Khas Agama MB Pahang, Syed Ibrahim diumum sebagai calon BN Dun Kerdau

 
Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini.

PAS belum lagi mengumumkan calonnya di Kerdau tetapi dipercayai parti itu akan mempertaruhkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya negeri dan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Krau. 

Beliau juga turut menarik diri sebagai Pengarah PRK Merlimau dan tempatnya digantikan oleh Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabtn Pilihan Raya PAS Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan