Pemimpin Libya tak harus guna kekerasan, kata Najib-MalaysiaKini
Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak sepatutnya menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan di jalanan sehingga menyebabkan pertumpahan darah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada AFP di Istanbul, Turki.
"Kami berpendapat beliau tidak seharusnya menggunakan kekerasan,” kata Najib, semalam yang berada di Turki untuk lawatan rasmi.
"Apa yang penting bagi kami ialah mengambil kepentingan aspirasi rakyat... Sistem itu harus sah dan harus berdasarkan atas sokongan orang ramai,” katanya.
Rakyat negara-negara Arab dan di utara benua Afrika telah memberi “petunjuk jelas yang mereka mahukan perubahaan dan pembaharuan” dan kerajaan patut mendengar tuntutan itu, kata Najib.
"Pembaharuan perlembagaan dan politik yang berkesan sepatutnya dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, khususnya golongan muda,” kata perdana menteri lagi.
Menurutnya perubahaan di rantau itu sepatutnya dijalankan secara aman dan meminta kedua-dua pihak - penunjuk perasaan dan juga kerajaan agar tidak menggunakan kekerasan.
Najib juga berkata beliau tidak bimbang bahawa rakyat Malaysia akan mengambil risiko dan melakukan perkara yang sama seperti di negara-negara Arab.
Dakwanya, pilihan raya di negara ini “agak bebas dan adil” manakala sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat.
Malaysia baru-baru ini juga membuat perancangan bagi memindahkan kira-kira 190 rakyatnya di Libya.
Satu tunjuk perasaan besar-besaran juga dijadualkan di kedutaan Libya di Kuala Lumpur esok yang dianjurkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat bagi menyuarkan sokongan kepada rakyat negara itu.

Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli.
Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban

Tiada ulasan:
Catat Ulasan