Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tampil membuat laporan polis berhubung pengedaran komik kartun lucah, 16 muka surat, yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Komik berjudul 'Kisah Juara Raja Lawak' itu, memaparkan aksi lucah pelbagai posisi, dikatakan diedarkan dikawasan Lembah Pantai semalam melalui saluran pos.
Izzah berkata pengedaran komik yang tidak bermoral itu membayangkan UMNO BN seolah- olah menghalalkan politik lucah dalam meraih sokongan rakyat.
“Saya dimaklumkan oleh pengundi Lembah Pantai khususnya pengundi baru yang mendapat salinan berserta dengan pendaftaran pengundi mereka satu majalah komik berjudul “Kisah Juara Raja Lawak” 16 muka surat dengan gambaran seakan-akan menyerupai Ketua Pembangkang dalam bentuk yang begitu lucah.
Izzah berkata beliau akan menghantar laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasiya (SPRM) dan mendesak agar dijalankan siasatan terhadap konspirasi mahu menjatuhkan reputasi dan kreadibiliti bapanya, Anwar dan beliau sendiri sebagai anak sulung tokoh politik tersohor itu.
"Saya akan hantar laporan kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat perkara ini kalau benar Kerajaan Barisan Nasional memang tidak menyokong dan menolak politik lucah durjana maka saya fikir tindakan tegas wajib diambil,” katanya.
Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.
Izzah senada dengan pemimpin Pakatan rakyat yang lain, menolak politik kotor yang kini dimainkan pemimpin UMNO BN.
Penyebaran komik lucah ini dikesan selepas pendedahan video lucah oleh 'Datuk T' yang cuba mengaitkan Anwar.
'Datuk T' dibarisi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Rahim dan Eskay menafikan mereka ditahan polis sebaliknya hanya ke balai polis untuk memberi keterangan dan bahan bukti berupa video seks tersebut dan sebuah jam tangan Omega.
Pimpinan Pakatan Rakyat mempetikai tindakan polis yang tidak menahan mereka berikutan memiliki dan menayangkan video lucah kepada awam menyalahi undang- undang.
'Datuk T' sebelum ini menayangkan rakaman video lucah tersebut kepada sekumpulan wartawan disebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.
Video ihsan TV Selangor








Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya? Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat. Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008? Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008.
Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja. Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan? Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.
Dan kini Video salahlaku seks yang diterbitkan oleh 3 stooges yang mulanya dikenali sebagai Dato' T. Semua tertanya tanya siapa Dato' T hinggalah mucul 3 stooges ini di media. Sehari sebelum tu 'Dato T' ini mengatakan dia diarahkan oleh 'Anwar Ibrahim' untuk mengambil jam tangan yang tertinggal lepas buat 'projek' ngan wanita cina. Selepas diketahui identiti 'Dato T' ini, satu soalan yang budak tadika pun boleh terfikir nak soal pun terbit dari minda.









Eskay, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.
Sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.
Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.
Anwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.
Sebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.








