Rabu, 2 Mac 2011

Berapakah nilai dandanan rambut Ro$mah?

Dicatat oleh Tok Kiyai

Saya petik:

[KD] MERLIMAU: Wang yang diboros pimpinan Umno Barisan Nasional (BN), khususnya Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mampu membaiki kehidupan rakyat bawahan, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Beliau berkata, pembaziran yang dilakukan suami-isteri itu melampau, sekaligus memberi gambaran betapa mereka tidak mempeduli kesengsaraan rakyat yang kian hari dihimpit kenaikan pelbagai harga barangan.

“Pemborosan Najib dan Rosmah, kalau diagih kepada rakyat, macam-macam boleh dapat,” katanya ketika berceramah di Merlimau Pasir, malam tadi.

Beliau merujuk kepada gelagat Najib dan Rosmah yang berbelanja RM4.5 juta untuk sidang Wanita Kemuncak Pertama selama tiga hari dan lawatan Perdana Menteri yang mencecah perbelanjaan RM8.7 juta bagi 42 lawatan ke luar negara.

Malah, Abdullah berkata, kedua-dua orang kenamaan itu dikatakan berbelanja mewah dengan menghabiskan RM100,000 bagi penginapan hotel mewah di Dubai hanya untuk semalaman.

“Entah berapa pula nilai dandanan rambut Rosmah,” katanya, disambut gelak ketawa kira-kira 3,000 penduduk tempatan yang mengikuti ceramah itu.

Lantaran itu, beliau mengajak pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau melakukan perubahan dengan menolak Umno BN pada pilihan raya kecil itu, jika tidak mahu pembaziran wang rakyat berlarutan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan