Isu peralihan kepimpinan yang menjadi bahan kempen dan langkah Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan “tergesa-gesa” mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dilihat akan mencetuskan hubungan pascapilihan raya negeri “mesra renggang” antara Putrajaya dan kerajaan negeri itu, kata beberapa penganalisis.
Malah penganalisis politik melihat tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan memenangi pilihan raya negeri Sarawak kerana ingin “menempelak” Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri.
“Ya . . . ya . . . beliau mahu tunjukkan beliau masih layak dan tengok keputusan beliau masih layak dan beliau masih boleh jadi ketua menteri,” kata Prof Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman.
“Pada pandangan saya, beliau cuba menempelak dan menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau masih mendapat sokongan dua pertiga, sokongan masih tinggi dan layak untuk menjadi ketua menteri,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, kemungkinan krisis antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak akan berterusan sekiranya Taib memutuskan untuk tidak berundur — walaupun sebelum ini diperkatana peralihan kuasa akan berlaku.-Malaysia Insider
Najib tak boleh dan tak berani marahkan orang tua. Taib mainkan Najib. Najib kena jual. Kah! Kah!! Kah!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan