NGO berang OKU PKR ditahan ikut ISA
NGO anti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berang dengan satu lagi tangkapan di bawah undang-undang yang dianggap mereka sebagai 'kuku besi - kali ini membabitkan seorang pengusaha restoran dari golongan orang berlainan keupayaan (OKU).
"Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas tahanan baru di bawah ISA itu atas dakwaan terbabit dengan kegiatan subversif,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.
NGO tersebut mendakwa Kadir Hashim, 42 ditangkap semalam oleh anggota polis cawangan khas mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).
Memetik ahli keluarga, NGO berkenaan berkata Kadir adalah OKU yang menjalankan perniagaannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.
Kadir, seorang aktivis juga adalah ahli pemuda PKR cawangan kampung itu.
NGO berkenaan turut mempersoalkan mengapa ISA perlu digunakan ke atas Kadir dan melahirkan rasa prihatin terhadap keselamatan dan keadaan diri pemuda itu.
"Kami gesa kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarga melawat Kadir bin Hashim pada kadar segera,” petik kenyataan itu.
GMI dan Suaram juga mendakwa insiden itu membuktikan bahawa penggunaan ISA dicabuli atas alasan keselamatan negara sedangkan tahanan itu sekadar berkepentingan politik.
"Kami gesa kerajaan mendakwa tahanan ini di mahkamah; ataupun jika tidak, beliau mesti dibebaskan segera dan tanpa sebarang syarat,” kata NGO itu lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan