Isu Pahang: Taklimat Lynas, Fuziah Perjelaskan Projek Itu Beri Keuntungan RM8 Bilion Setahun Kepada Australia Tapi Kita Hanya Dapat Bala !!
KUANTAN, 10 April - Taklimat penerangan tentang bahaya sisa radioaktif "rare earth" kilang Lynas di Gebeng telah berjaya diadakan di Perkarangan KAFA, Al-Makmur, Masjid Balok Makmur dekat sini malam tadi. Program anjuran Jawatankuasa Bertindak Bantah Radioaktif itu telah menampilkan penceramah yang terdiri daripada YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Syed Mohamad Syed Lonik (ADUN Beserah) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang).
Majlis dipengerusikan oleh Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Turut hadir dalam program malam tadi ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan beberapa pemimpin lain dari Pakatan Rakyat. Disamping taklimat penerangan menggunakan "slide projector" itu, borang memorandum bantahan Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Difahamkan setakat ini sudah lebih dari 21 ribu rakyat Kuantan telah menandatangani memorandum tersebut. Dalam ucapannya, Fuziah Salleh (foto) menyatakan kepada hadirin kenapa beliau telah membantah projek ini sejak tahun 2008 lagi, iaitu ketika Kilang Lynas belum pun di bina.
"Kenapa saya gelisah sangat projek ini daripada awal, pertamanya kerana Lynas Corporation ini adalah milik syarikat Australia sepenuhnya (100%), maksudnya RM8 bilion setahun yang bakal diperolehi hasil keuntungan projek ini adalah milik rakyat Australia", katanya.

Dato' Fauzi juga turut hadir, hadirin tandatangan memorandum (kanan)
Orang ramai terpaku mendengar penjelasan daripada para penceramah
Rakyat secara majoritinya semakin faham tentang bahayanya radioaktif
Fuziah juga menegaskan yang beliau hairan kenapa Lynas telah dikecualikan membayar cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia. "Lynas mendapat status "Strategic Pioner Status" oleh MITI, Saya tanya menteri kenapa beri, kenapa beri ni tak payah bayar cukai?
Dia kata faedah insentif kerana kita nak menarik pelabur asing, maka diberi imbuhan 12 tahun tak payah bayar cukai... RM8 bilion tu untung kat dia jer lah; kemudian, dia kata akan beri kita peluang pekerjaan. Maklumat terkini, Lynas loji ni akan mengambil 450 pekerja maksudnya mana peluang pekerjaan? Tak ada, apa yang kita dapat?, kita dapat bala .. kita dapat bala .. Australia dapat untung RM8 bilion setahun dan dikecualikan bayar cukai, 100% milik Australia.
Kita mendapat penghormatan untuk menjadi tapak sisa buangan radioaktif seluruh dunia", tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan