KUANTAN, 16 Mei - Orang ramai yang hadir ke Seminar Maqasid Shari'ah Dan Masyarak Majmuk di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini petang semalam terkejut dengan sambutan orang bukan Islam terhadap program itu. Program anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Pahang itu menampilkan Dr.Muhammd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang & Naib Presiden PAS Pusat) dan Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ketua Pemuda PAS).
Kehadiran peserta dari kalangan kaum India dan Cina amatlah memeranjatkan kerana program yang bermula sekitar jam 2.15 petang itu hanya disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dua jam kemudian. Anehnya, peserta bukan Islam dilihat duduk mendengar penjelasan daripada penceramah undangan dengan begitu kyusuk sekali, seolah-olah mereka memahami setiap penjelasan yang dibuat. Ini sesuatu yang amat luar biasa kerana program ini sendiri sebenarnya lebih difokuskan kepada umat Islam pada peringkat awalnya. Malah apa yang lebih menarik, mereka bukan sahaja mendengar tetapi juga mengeluarkan wang RM5 untuk membayar yuran penyertaan.
Senario ini tidak mungkin berlaku dalam program Islamik anjuran UMNO BN sebenarnya. Namun, apa yang berlaku semalam membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini malah juga berjaya mendidik orang bukan Islam supaya lebih mengenali agama itu sendiri. Apakah perkara sebegini boleh dilakukan oleh parti perkauman seperti UMNO agaknya?. Mungkin sampai kiamat pun mereka tetap gagal !.

Dato' Fauzi memperkatakan sesuatu kepada para penceramah seminar
Bukti, sebahagian daripada kaum Cina yang kyusuk mendengar taklimat
Wakil kaum India juga kyusuk dengar penjelasan tentang hukum Islam
Orang ramai mengambil peluang bergambar kenangan dengan Anwar

Ia jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang begitu lama wujud tetapi masih tidak mampu memberi kesedaran tentang perundangan Islam kepada kaum lain di negara ini. Seminar itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta memahami matlamat utama hukum syarak yang bersifat universal untuk masyarakt majmuk di negara ini. Disamping itu juga ia memberi peluang kepada peserta menghayati bahawa perlaksanaan hukum, undang-undang bahkan kejayaan sesuatu program itu diukur dari segi pencapaian matlamat murni yang digariskan.
Malah, ia juga diadakan khas untuk memberika para peserta berupaya menjadikan maqasid shari'ah sebagai neraca dalam menilai dan mengganggap sesuatu. Secara amnya, peserta yang hadir berpuas hati dengan program tersebut]. -PahangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan