Ahad, 5 Jun 2011

Keluarga Mangsa Rakyat Kelantan Nahas Helikopter Di Lapangan Terbang Sibu: Tan Sri Muhyiddin Yassin Patut Prihatin

Pagi ini Puan Suriani binti Shafie (38) dengan rasa berat dan sayu akan bertolak sekeluarga ke Kota Bharu berkereta meninggalkan rumah yang amat bersejarah bagi dirinya dan al-Marhum suaminya Suhaimi bin Ghazali (38) dan anak-anak menyemai kasih di sini sejak lebih dari sedekad lepas. Terhenti beliau sejenak berdiri di ruang tamu di mana tempat keluarga bersama beristirihat dan bercakap.

Matanya pula menjeling ke meja makan di mana mereka berenam sering makan bersama dan terlihat pada potret suaminya yang masih tergantung di dinding, lantas air matanya tergenang dan mengalir di pipinya mengenangkan kemesraan sekeluarga dan kini kontradik dengan duka selepas suaminya meninggal (11 April) nahas helikopter selepas mengangkut pegawai-pegawai yang mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam pilihanraya Sarawak 16 April 2011 lepas. Sejak itu keceriaan keluarga bertukar duka selepas anak-anak ketiadaan bapa.

Pada asalnya Puan Suriani mau bertahan dan mau terus tinggal di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Kajang Utama bersama anak-anak, Mohd. Salman bin Suhaimi (13), Mohd Hilmi (9), Jasmin Salsabila (7) dan Iskandar (4). Puan Suriani bercadang menyambung kembali kerja dari cuti panjang beliau sebagai jururawat bagi menanggung keluarga, Kerja arwah suaminya tidak berpencen. Urusan pampasan dan insuran suaminya masih tidak selesai. Syarikat Sabah Air semacam lepas tangan selepas memberi sedikit sagu hati selepas nahas. Permohonan tambang menambang membawa pulang barang-barang ke Kota Bharu tidak dapat dibiayai oleh Sabah Air. Bahkan tuntutan tambang menambang selepas nahas kerana mengurus dan mengikuti jenazah suaminya di bawa pulang ke Kota Bharu yang dijanji oleh Sabah Air untuk di bayar tidak dibayar.. Kata Puan Suriani, `Simpati dan heboh hanya beberapa hari dari nahas, selepas itu senyap , kita orang kecil hingga kini tiada apa-apa pembelaan.``

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pegawai-pegawainya diangkut arwah suaminya, tidak langsung memberi perhatian terhadap kami orang-orang kecil. Kalau kita orang besar, sudah tentulah pembelaan dan pampasan dan jaminan hidup anak-anak diberi perhatian.``
Pada wajahnya berarak mendung duka. Bila ditanya, mengapakah tidak terus tinggal di rumah sendiri di Kajang Utama ?``
Menurutnya dengan perbelanjaan dan keperluan hidup yang tinggi dan tiada jaminan sumber kewangan, beliau bimbang tidak mampu tinggal di sini,`` katanya. Tambah beliau ``Kami buat keputusan sekeluarga untuk pulang ke kampong buat sementara tinggal dengan ibu terlebih dahulu di Pengkalan Chepa sebelum mendapat rumah sewa di sana.``

Bila ditanya bagaimana dengan rumah di Kajang Utama ini, adakah akan dijual ?
``Tidak,`` jawabnya, ``Akan disewakan untuk menjadi sumber kewangan diurus kenalan di samping saya akan bekerja kembali sebagai jururawat di Kota Bharu,`` tambahnya.

Sebenarnya, kami dari Lajnah Kebajikan Adun Bangi, pernah datang menziarah keluarga Puan Suryani selepas beliau pulang dari mengurus jenazah suami di Kota Bharu sebulan lepas. Dalam hati kami menjangka antara faktor beliau mau pulang ke Kota Bharu, kerana lebih dekat dengan kuburan suaminya yang dikasihi. Dua hari lepas, selepas mendengar beliau dan keluarga akan bertolak ke Kota Bharu hari ini, sekali lagi kami dari Lajnah Kebajikan dan AJK di Kajang Utama beramai-ramai datang menziarah dan menyampaikan bantuan. Kajang Utama adalah di bawah Dun Bangi. Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami datang menziarah lagi.

Kami menjangka perpindahan Puan Suryani tidak semudah dijangkakan. Dengan keadaan masih tiada pekerjaan, pampasan belum berselesaian dan diri dan anak-anak perlu dtanggung, khususnya bagi pengajian anak-anak, banyak ujian yang akan dihadapi oleh Puan Suryani. Mengapa pihak Kerajaan, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi perhatian terhadap pekerja yang telah berkhidmat membawa pegawai-pegawainya pada pilihanraya di Sarawak dulu. Bahkan sebagai raklyat Malaysia, khidmatnya harus dihargai kerajaan dan pembelaan yang wajar patut diberi, khususnya oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya bersifat prihatin.

Pagi itu walaupun hati Puan Suryani masih berbelahbagi, dirinya yang sebak sayu bagai diarak rindu, tetapi sebahagian hatinya masih melekat di sini membimbing anak-anak masuk ke dalam kenderaan, melambai tangan pada jiran dan yang datang. Dia bagai membawa anak-anaknya merempuh gelombang hidup yang sudah tentulah tidak tenang dan berhadapan banyak ujian.

Sekian.

dipetik dari sini
drshafie.blogspot.com

Al-fatihah disedekahkan kepada allahyarham Suhaimi bin Ghazali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan