Selepas selama tiga minggu ditangguhkan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan.
Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela dirinya selepas Hakim Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkan beliau membela diri kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut.
Ia berikutan mahkamah memustuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa.".
Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga.
Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan maran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.
Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.
Kedua-dua permohonan itu ditolak.
Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan. -M'kini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan