Isnin, 27 Jun 2011

Tuntutan Bersih 2.0: SPR Pernah Tipu Rakyat

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) ingin menyingkat kembali pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada tahun 2008 yang menelan belanja RM3 Juta yang tidak digunakan dengan pelbagai alasan sama ada daripada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau daripada pihak SPR yang mengatakan bahawa Kabinet tidak bersetuju penggunaan dakwat kekal tersebut dan pihak SPR berkuasa untuk tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal tersebut walaupun telah membelinya.

Persoalan yang ada ketika itu, siapakah telah menipu di dalam perkara ini? Jika pihak kerajaan mengatakan bahawa pihak yang berkuasa menjalankan sistem pilihanraya di dalam Negara kita, ini bermakna dalam rekod kita bahawa SPR pernah menipu rakyat ketika itu.

Adakah dengan membatalkan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 pada 2 Julai ini bahawa semua tuntutan BERSIH akan ditunaikan dan tiada penipuan akan berlaku lagi?

Adakah janji SPR tersebut boleh diterima pakai oleh rakyat kerana rekod sedia ada SPR pernah tercalar berikutan menafikan hak rakyat dan membazir wang rakyat?

Kami ragu akan keikhlasan SPR kerana perilaku mereka hanya ingin memastikan BN terus berkuasa dengan cara kotor dan jelas apa yang berlaku di negeri Perak telah mencalar demokrasi dalam Negara kita. Sudah tentu rakyat kurang yakin akan krebiliti SPR yang mengambarkan terlalu banyak keraguan yang masih tidak meyakinkan rakyat untuk menerimanya.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan