Jumaat, 29 Julai 2011

Memperalatkan ulama kerja syaitan

Thursday, 28 July 2011 08:22 Mat Teropong

Membaca berita berkenaan laporan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) berkenaan dengan gerakan Wahhabi yang dikatakan mengancam keselamatan Negara kerana ada unsur-unsur pengganas membuatkan kita tersenyum.Apa tidaknya bukan sahaja ulamak yang dikatakan ada hubungan dengan wahhabi yang duduk di luar Umno seperti Prof. Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin malahan sekumpulan ulamak muda yang ada di dalam Umno juga terpalit dengan tuduhan pengganas.

Kira-kira 40 orang ulamak muda itu yang pada masa penyerahan borang untuk menjadi ahli Umno kepada Perdana Menteri sedikit masa dahulu, dikatakan akan menjadi golongan yang memperjuangkan agama, mempertahankan Umno dari serangan pihak lawannya terutama serangan berkenaan keagamaan ( yang sudah tentunya PAS ), memperkasakan biro agama (parti yang mendakwa Islam hanya menyediakan biro sahaja untuk agama Islam) dan banyak lagi agenda-agenda yang hendak dilakukan demi memperjuangkan agama melalui Umno kononnya.

Akan tetapi setelah menyerahkan diri kepada Umno, maka inilah balasannya kepada mereka. Tiada harga atas usaha mereka, sayangnya mereka masih tidak sedarkan diri. Tidak mahu melihat sejarah yang begitu jelas menunjukkan kebencian Umno terhadap apa sahaja perkara yang berkaitan dengan agama.

Ada nasihat dari orang dahulu iaitu orang yang sering terpedaya ialah orang yang tidak mahu belajar dari sejarah. Apatah lagi sejarah itu masih hidup iaitu orang yang mengalaminya masih hidup, belum mati lagi. Mari kita teliti sejarahnya.

Lihatlah sejarah bagaimana lahirnya PAS jika tidak kerana percanggahan pendapat antara nasionalis dengan agamawan di dalam Umno pada awal penubuhannya. Maka sekumpulan ulamak di dalam Umno keluar dan menubuhkan PAS. 

Bukti ini jelas iaitu semenjak dari mula lagi Umno memang bencikan ulamak. Ketika tahun-tahun Umno sakit, sekitar tahun 70-an maka mereka memanggil PAS bagi membantunya mencari ubat. 

Setelah ubat diberikan, maka PAS bukan sahaja ditendang tapi dijadikan musuh utama. Kerana apa? Hanya kerana PAS memperjuangkan dasar-dasar Islam.
Tiba ke era 80-an, sejarah masih belum puas mencatat tentang perilaku Umno terhadap ulamak. Masuklah Nakhaei Ahmad salah seorang orang harapan PAS ke dalam Umno pada akhir 80-an. 

Bekas ulamak PAS ini adalah salah seorang yang dicadangkan untuk menjadi ahli panel debat antara PAS dan Umno pada tahun 1985. Begitulah kehebatan ilmu Nakhaei yang dihargai oleh PAS pada waktu itu. 

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah Umno, maka pada saat itu jugalah harga dirinya jatuh merudum. Apa yang dia dapat hanyalah Yang diPertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia tanpa pengaruh politik. 

Kemana agaknya dia sekarang? Telah Islam sepenuhnyakah Umno hasil dari didikan agamanya kepada ahli Umno? Berubahkah dasar Umno kepada Islam? Tiada apa yang tinggal kecuali tulisan-tulisannya yang tidak dapat dipastikan samada ianya bernilai kepada Umno atau hanya layak masuk tong sampah Umno.

Begitu juga Anwar Ibrahim yang walaupun bukan seorang ulamak tapi apabila dia cuba membersihkan tong tahi, maka dia telahpun terpalit dengan tahi itu dan paling malang jatuh tersembam atas tahi itu. Kerana apa? Kerana nilai-nilai Islam yang cuba dia terapkan di dalam Umno. Lihatlah dimana Tan Sri Wan Mokhtar sekarang ini, yang hanya menjadi duta Malaysia ke Arab Saudi. 

Mana dia Yusof Noor bekas pengerusi Felda dan Ibrahim Azmi ulamak dari Bukit Tunggal Terengganu? Apa khabarnya Fadhil Hanafi lawan tegar almarhum Ustaz Fadhil Nor di Bukit Raya, Kedah? Inilah nama-nama besar yang diwar-warkan sebagai ulamak Umno satu ketika dahulu. Tapi apa jadi kepada mereka?

Bukan masalah apa jawatan mereka dulu atau sekarang akan tetapi ilmu agama yang ada pada mereka. Apa yang Umno dapat? Takkanlah hanya menjadi pembaca doa ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno sahaja. Ada ilmu tapi tak boleh dimanafaatkan kepada orang lain. Maka amat rugilah orang itu. Ibarat buah yang sudah masak ranum, dimakan tidak, diberi kepada orangpun tidak, akhirnya buruk dan membusuk, maka terpaksa dibuang begitu sahaja.

Masuk ke tahun 90-an pula ada lagi yang masih tak sedar dengan sejarah yang berlaku, masuk pula sekumpulan kecil ulamak ke dalam Umno. Antaranya Ustaz Ghazali Ahmad dari Losong dan Ustaz Ismail dari Machang. Tidak dapat dipastikan apa yang telah terjadi kepada mereka sekarang, tapi sesuatu yang pasti, mereka tidak ada harga di dalam Umno. Sejarah tidak menipu.

Berlaku pula peristiwa keatas almarhum bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom, yang mengenakan hukuman kepada peserta pertandingan ratu cantik di Selangor kira-kira satu dekad yang lalu, tetapi akhirnya beliau yang dipecat dari jawatan mufti. 

Ini menjelaskan lagi kebencian Umno kepada ulamak-ulamak. Menurut Ustaz Mohd Nor Hamzah, pemecatan Dato’ Ishak Baharom ini, adalah bukti jelas kebencian Umno terhadap orang yang memperjuangkan agama. Katanya lagi orang ramai harus membaca sejarah ini dan menghayatinya dengan bersungguh-sungguh. 

Dan apabila Dato’ Ishak memasuki rumah PAS, maka ahli-ahli PAS berebut-rebut menjemput beliau untuk mendapatkan ilmu darinya. Begitulah bezanya penghargaan dari kumpulan yang cintakan ilmu dan ulamak dengan kumpulan yang bencikannya.

Jadi, adakah tugas-tugas ulamak-ulamak dalam Umno ini yang diingati? Jawapannya ada, antaranya ialah melakonkan satu debat olok-olok diantara ulamak PAS olok-olok dan ulamak Umno yang betul satu ketika dahulu. 

Debat yang dilakonkan oleh sekumpulan ulamak dalam Umno itu, akhirnya dimenangi PAS. Malangnya Umno, ulamak mereka kalah sebelum debat betul-betul berlaku. Itulah tugas yang paling penting yang dijalankan oleh ulamak Umno yang masih diingati ramai sehingga sekarang.

Berbalik kepada ulamak muda Umno ini, maka sia-sialah sahaja gelaran yang diberikan mereka kepada peserta Bersih 2.0 iaitu golongan khawarij, bughah, penderhaka dan sebagainya kerana akhirnya gelaran pengganas berbalik kepada mereka. 

Kasihan kepada dulang, paku tak serpihpun. Amat malanglah bagi mereka yang cuba mentarbiyyahkan Umno tetapi akhirnya dilabelkan sebagai pengganas. Bukankah orang tua-tua sudah melarang memberi bunga kepada beruk, kerana beruk tak pandai menghargai bunga? Itupun masih tak mahu nak pakai otak lagi?

Kita yang di luar Umno ini telah dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku. Apakah Fathul Bari Mat Jahaya tidak boleh melihatnya? Dia pernah menasihati dan melarang ahli Umno dari menyebarkan fitnah ketika kes Anwar difitnah baru-baru ini, akan tetapi langsung tiada sambutan nasihatnya kepada Umno. 

Tiada harga nasihat dia itu. Datangkanlah ayat-ayat quran, hadis sahih sunan sittah atau fatwa dari ulamak manapun di dunia ini, kalau dah ketegaq (degil dalam bahasa Perlis) tak jadi apa juga. Tapi bila ada isu lain yang akan memberikan kredit kepada mereka seperti fatwa pengharaman yang mereka berikan terhadap kumpulan Bersih 2.0 baru-baru ini, maka mereka akan disuruh beratur di barisan depan untuk tugasan menyalak.


Maka benarlah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa ulamak dalam Umno hanyalah ibarat terompah kayu yang digunakan untuk ke jamban sahaja. Bisingnya mengalahkan kasut yang mahal tetapi tugasnya hanyalah ke tandas tempat yang jijik dan kotor. 

Maka begitulah nasib ulamak Umno yang hanya digunakan untuk menyalak lantang atas perkara yang kadang-kadangnya mereka sendiri tahu yang perkara itu tidak betul dan mengelirukan orang ramai, tetapi mereka terpaksa menyalak kerana itulah sahaja tugas utama mereka, iaitu menyalak kepada lawan mereka.

Akan tapi bila tiba kepada sesuatu yang nyata salah Umno, maka mereka tak boleh menyalak kepada tuan mereka. Walaupun mereka sangat-sangat hendak menyalak, mereka kena diam tidak boleh menyalak. Itulah peraturan utama dan “job scope” mereka. 

Benar-benar hina ulamak yang seperti ini. Maka bertepatanlah dengan perumpamaan yang diberikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan bahawa ulamak muda Umno itu ibarat jatuh ditimpa tangga. Tangga Umno yang mereka naiki itu asalnya diharapkan akan menyampaikan mereka ke puncak tapi jatuh ke atas mereka pula. Malang sungguh. Sakit dapat, malupun dapat.

Sebenarnya banyak lagi bukti-bukti kebencian Umno kepada ulamak-ulamak yang boleh diberikan. Mereka tidak ada perasaan untuk meletakkan ulamak pada tempat yang tinggi sesuai dengan ilmu mereka.

Antaranya, kita boleh lihat siapakah dikalangan pimpinan tertinggi Umno yang datang dari bidang agama?Hishamudin mungkin? Atau Zahid Hamidi? Atau mungkin Najib sendiri?Jadi boleh kita lihat di mana kedudukan ulamak dalam parti Umno dan bandingkan dengan PAS, yang jelas memperuntukan satu dewan khas iaitu Dewan Ulamak bagi menunjukkan betapa seriusnya PAS dalam menjulang martabat orang yang berilmu dan menggunakan semaksimum mungkin ilmu-ilmu mereka.

Begitulah hinanya ulamak-ulamak dalam Umno diperlakukan. Apakah kesudahan mereka nanti kita sudah boleh mengagak melalui sejarah yang berulang-ulang berlaku di dalam organisasi mereka iaitu kehinaan dari puak-puak mereka sendiri. Dan amatlah kita takut bahawa kehinaan itu berterusan sehingga ke akhirat kerana ketiadaan prinsip dalam memperjuangkan Islam. Nauzubillah.

Kita menyeru kepada ulamak-ulamak didalam Umno tak kira samada yang muda mahupun yang tua agar mengambil nasihat Dr. Asri supaya merenung kembali, apa hasilnya mereka duduk di dalam Umno.

Dengan keadaan yang mereka alami sekarang maka adalah lebih baik mereka keluar dari Umno kerana apabila keluarnya mereka dari kepompong kejahilan Umno, maka ulamak-ulamak ini akan bebas menyatakan kebenaran. 

Percayalah tiada apa yang boleh mereka perjuangkan di dalam Umno kecuali untuk kesenangan dunia semata-mata.

Samada mulia dimata masyarakat atau hina dimata mereka bukanlah menjadi perkara utama akan tetapi mulia disisi Allah kerana amar makruf nahi mungkar dan ketaqwaan itulah yang lebih utama. Bukankah itu yang mukmin idamkan?

Dan diatas alasan-alasan yang diberikan di atas, percayalah, Umno memang bencikan ulamak....

Permata mahu lebih peruntukan

POKOK SENA: Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara berkata penubuhan pusat itu di luar bandar akan memastikan kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

“Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar,” katanya hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Parlimen Pokok Sena di sini, berkata setakat ini Kedah hanya mempunyai dua PAPN, manakala 41 tabika Kemas, tiga tabika Perpaduan dan satu pusat jagaan di tempat kerja menggunakan sukatan pelajaran PPN.

“Saya berpuas hati dengan perkembangan pusat Permata di Pokok Sena ini dan telah adakan perbualan serta penerangan kepada ibu bapa yang mana anak mereka hadir ke pusat ini,” katanya.

Rosmah berkata satu lagi PAPN bakal ditubuhkan di negeri ini iaitu di Guar Chempedak di Yan dan dijangka beroperasi awal 2012.

PAPN itu antara 28 PAPN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya.

Mengenai tenaga pengajar di PAPN, beliau berkata setakat ini ia mencukupi kerana mendapat permohonan terus daripada graduan yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat diploma atau ijazah.

“Tenaga pengajar tiada masalah sebab kita dapat banyak permohonan terutama daripada mahasiswi yang baru tamat pengajian dalam bidang Early Childhood Education dan mereka diberi kursus khas sebelum mula mengajar,” katanya.

Sementara itu ketika berucap, beliau berkata PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa memerlukan belanja yang besar.

“Sesiapa sahaja boleh mendaftar di Permata Negara, tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kerana kita mendidik anak-anak sifat jati diri, sifat mulia seperti bersopan santun dan bijak berinteraksi.

“Kalau kerajaan beri lebih sikit jangan marah sebab itu untuk kebaikan rakyat seluruhnya terutama kanak-kanak,” katanya.

- Bernama

Debat Nik Nazmi Lwn Pemuda Umno Putrajaya Panas!!! (video)

Debat: Kematangan Demokrasi Di Malaysia (Part 1/8)
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 
 

DEWAN ULAMAK PAS KESAL DENGAN PERDANA MENTERI KERANA TERUS MEMPERALATKAN POLIS DAN SPR

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh (gambar) kesal dengan sikap Perdana Menteri yang terus menerus memburukkan usaha murni BERSIH untuk membawa perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih telus dan bersih.

Menurut beliau , Perdana Menteri bukan sahaja menggunakan media milik kerajaan yang mana rakyat adalah pembayar cukainya bahkan sanggup menggunakan pihak polis dan SPR untuk meneruskan survival talian hayat UMNO - BN yang semakin semput. Pihak Polis secara berterusan memberikan gambaran yang buruk terhadap BERSIH. Manakala SPR pula terus bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. "SPR bukan sahaja bersahaja bahkan langsung tidak melakukan sebarang bentuk perubahan yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia", kata beliau ketika mengulas sikap SPR yang seolah-olah menjadi lidah UMNO - BN.

"Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak SPR untuk melakukan tindakan segera untuk mewujudkan satu sistem pilihanraya yang adil dan tidak menjadi penghalang kepada perlaksanaan demokrasi yang lebih telus dan adil, dan kita mahu SPR tidak diperalatkan oleh UMNO-BN untuk mengkhianati amanah rakyat, ini adalah harapan seluruh rakyat Malaysia", ujar beliau lagi.

Menurut beliau lagi, PAS tidak pernah memusuhi polis dan SPR kerana itu adalah jentera kerajaan. Apa yang dikesali ialah sikap UMNO-BN yang terus memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan mereka.
sumber

Najib PM Terakhir Umno

By Anwar Ibrahim
Dari JalanTelawi.com
Oleh Hasmi Hashim

“Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan”.

~ A. Samad Said, Sasterawan Negara.

Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.

Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0.

Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang ‘sebenarnya’ terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama.

Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, “pengkhianat” yang bermunculan daripada pendalaman—sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman.

Tuduhan “pengkhianat” mahupun “al-Qaeda” tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi Bersih 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri.

Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri.

Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden.

Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai “golongan bangsawan”.

Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya.

Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan [barangkali] cuma Dr Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan.

Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata…

Memandang kepada susur-galur Dato’ Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato’ Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato’ Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan.

Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung—di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa ‘gerun’ di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan…

Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik.

Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa ‘lusuhnya’ Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia.

Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, “Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan Umno-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh.”

Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari Umno yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa

Komentar : Latah Wan Ahmad dan SPR

Melatah itu dikatakan hanya ada pada orang Melayu, sebagaimana amok yang menjadikan budayanya unik.

Sifat-sifat kemelayuan itu turut berlaku dalam dunia moden hari ini, termasuk dalam satu acara dialog di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwakili oleh Timbalan Pengarahnya Wan Ahmad Wan Omar (gambar  kiri, tengah, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan (gambar kiri, kiri) dan Prof Shamsul Amri Baharuddin (gambar kiri, kanan) dari UKM, yang telah berlangsung baru-baru ini.

Latah Wan Ahmad tidaklah seperti mana yang biasa dikaitkan dengan seorang nenek atau datuk yang diusik oleh anak atau cucunya.

Sebaliknya melatah versi SPR ini adalah dengan bentuk terlepas cakap, tersasul atau "kantoi" dengan menyebut antaranya "Barisan Nasional tak hentam SPR", ketika membezakan layanan SPR terhadap BERSIH 2.0, Pakatan Rakyat dan BN.

Lawak seram

Begitu juga ayat susunan Wan Ahmad, "kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman", ketika beliau cuba menggambarkan sistem pengurusan SPR yang dianggap cekap dan lengkap termasuk hubungan "istimewa"-nya dengan Polis Diraja Malaysia.

Selepas tersasul menyebut ayat-ayat ini, hadirin dalam dialog yang diadakan di Shah Alam pada Selasa lalu dapat melihat perubahan air muka beliau yang semacam tersedar akan kata-katanya.  Dan, beliau mula mengambil masa untuk "melarikan" topik itu.  Lucu sungguh!

Latah secara spontan ini, secara tidak langsung telah memberi gambaran sebenar kepada penonton "debat" yang menyaksikannya melalui siaran langsung TV internet dan kita sendiri bahawa itulah realiti bawah-sedar yang terjadi selama ini kepada pihak SPR.

Bagaimana kita menerima dan memahaminya?

Selain melatah dengan "bertandak", biasanya sindrom ini akan diikuti dengan sebutan kata-kata yang diucap tanpa dikawal oleh individu tersebut.  Kadang kala bunyinya mencarut, kadangkala pula tersebut perkara "rahsia".

Bagi individu yang berkedudukan penting seperti Wan Ahmad ini, pastilah ia menjadi tragedi seram baginya dan SPR sendiri.  Bagi yang mahu kepada pilihan raya yang bebas, bersih dan adil, ia tidak ubah seperti menonton satu lawak seram.

Bagaimana ianya berlaku?

Melihat pada suhu dialog pada ketika itu, kedudukan Timbalan Pengerusi SPR itu semasa sedang berdebat dengan Ambiga dan juga menghadapi persoalan daripada hadirin, beliau berada dalam keadaan amat defensif.  Malah sedang berada dalam tekanan kesan dari asakan bertubi-tubi yang datang dari mood hadirin pada masa itu.

Kita memahami tekanan yang dialaminya tetapi tidak pula menyangka beliau akan "kantoi" menyebut perkara-perkara seperti itu.
"Itu kerja kerani"

Salah seorang penonton bertanya kepada Wan Ahmad, soalannya amat objektif, jelas dan dengan membawa bukti tentang kelemahan sistem SPR iaitu bagaimana seorang polis dengan dua kad pengenalan (kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam) telah menggunakan kedua-dua kad pengenalannya itu untuk mengundi dua kali di dua tempat yang berlainan.

Jawapan yang paling baik dari Wan Ahmad (gambar kiri) adalah, "Itu kerja kerani, bukan kerja orang di peringkat kami (pegawai atasan)".

Keangkuhan beliau telah menjengkelkan hati para audiens yang mendengarnya.

Rumusannya, beliau telah memberi persepsi yang lekeh tentang SPR kepada orang awam.

Emosi

Satu lagi perkara yang paling terkesan sewaktu dialog itu ialah apabila kita dapat lihat dan dengar dengan jelas bagaimana orang UMNO turut melatah, khususnya apabila mendengar penjelasan dari pihak Ambiga.

Seorang peguam UMNO di majlis itu bangkit dengan niat untuk bertanya, tetapi telah bertukar menjadi ulasan penuh perasaan, emosi dan kemarahan.

Ironis sekali seorang yang berkerjaya sebagai peguam gagal mengawal emosi, lebih-lebih lagi dalam acara awam.  Malah beliau menjerit-jerit sedangkan ia cuma mahu menyatakan pendapatnya.

Adakah ini pun sudah menjadi budaya Melayu atau mungkin sekadar budaya Melayu yang khusus untuk orang UMNO sahaja?

Keadaan emosi lebih terserlah apabila ahli akademik Wong Chin Huat (gambar kanan) yang juga salah seorang ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 yang dijemput oleh moderator Wan Saiful Wan Jan untuk memberi sedikit penerangan tentang proses pilihan raya di Malaysia.

Wong memaparkan kepada hadirin beberapa hasil kajiannya tentang apa yang telah dan sedang berlaku dalam sistem pilihanraya kita.

Sebaliknya huraian beliau yang penuh dengan fakta dan maklumat disambut oleh sesetengah hadirin dengan jeritan kata-kata "Sudahlah sudahlah! Tak kena tempat" untuk memaksanya berhenti dari memberi penerangan.

Agak pelik bagi kita kerana acara ini diadakan untuk semua pihak berbincang dan menjelaskan tentang keadaan sebenar menerusi pelbagai fakta dan bukti sebagai sandaran untuk berhujah, tetapi sesetengah hadirian tidak mahu kepada fakta dan maklumat berkenaan.

Adakah audiens yang rata-ratanya Melayu itu tidak mahu atau tidak mampu menggarap fakta dan maklumat?

Kalau itu hendak dikatakan budaya Melayu, bagaimana pula tradisi Melayu ada pepatah yang mengatakan, ikut rasa binasa ikut hati mati.

Budaya yang matang

Usaha murni Sinar Harian dan Karangkraf dalam membudayakan wacana ilmiah menerusi dialog dan perbincangan seperti itu amatlah baik dan wajar dicontohi oleh akhbar lain khususnya Utusan Malaysia yang menjaja dirinya sebagai lidah rasmi UMNO.

Kita yakin, jika media cetak di negara kita bergerak atas pasaran yang terbuka, sudah pasti akhbar Sinar Harian ini akan menjadi akhbar yang paling digemari, laris dan paling berpengaruh berbanding Utusan dan Berita Harian.

Pada masa yang sama, mungkin sesetengah hadirin yang datang dengan jerit dan jerkah itu tidak perlu dimarah atau dikecam sangat kerana ada antara mereka begitu baru dengan budaya keterbukaan.

Lagi pun mungkin sesetengah mereka menyangka menjerit dan memaki-hamun itu tidak ada salahnya kerana kadang-kadang itu yang diperlihatkan dalam sidang Dewan Rakyat.  Maklumlah Ahli-Ahli Parlimen tidak diberi peruntukan kewangan untuk membolehkan mereka mempunyai pengkaji dan penyelidik.

Jadi perbahasan di Dewan Rakyat kadang-kalanya tidak berilmiah sama sekali dan hampir sama dengan kanak-kanak bergaduh berebut guli.

Rakyat bertatih mengenali demokrasi

Justeru itu, beberapa hadirin di dialog Selasa lalu mungkin baru hendak mula meraikan ruang demokrasi ini.  Anggaplah ia sekadar anak-anak yang sedang bertatih mahu berjalan.

Lama-kelamaan, sifat keanak-anakan ini akan hilang bila mereka telah memahami etika menghadiri majlis ilmu.

Ini juga menjadi bukti, bagaimana Utusan dan agensi-agensi kerajaan yang selama ini memerintah dengan agenda tutup minda telah membungkam acara-acara ilmiah dan terbuka di dalam masyarakat.

Kerana itu, masih ada kelompok di kalangan masyarakat kita, walau pun bertaraf profesional, amat mudah melatah dan penuh emosi.

Begitu juga dengan kegigihan Wan Ahmad menangkis dan membalas hujah yang harus dipuji.  Sekurang-kurangnya beliau hadir di majlis itu dan tidak lari dari berdepan dengan rakyat.

Kita tahu bahawa tangannya terikat dan lidahnya kelu untuk menyatakan kebenaran kerana budaya pemerintahan UMNO-BN tidak menggalakkan penyebaran dan perkongsian kebenaran fakta dan maklumat.

Atas sebab itu juga kita perlu sedar bahawa pentingnya negara mempunyai pembangkang yang kuat, dalam contoh ini, Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan masyarakat madani seperti BERSIH, untuk memastikan kerajaan tidak boleh bersembunyi dengan kebejatan mereka.

Hanya dengan desakan Pakatan Rakyat dan BERSIH, maka budaya wacana yang bebas dan terbuka dapat tumbuh dan hidup subur.  Bukankah ianya baik untuk kita semua?

*Tulisan ini dipetik dari
Roketkini.com.
 

Hebat! Malaysia jadi tumpuan pengeluar arak dunia!



MENYEDARI kehebatan Malaysia yang menduduki tangga ke sepuluh peminum arak paling banyak di dunia, rujuk sini [Peminum arak], nampaknya pengeluar arak dunia mula beralih tumpuan untuk mengaut keuntungan di negara ini.

Sebuah syarikat arak terkenal dari Jepun [ASAHI] dilihat cuba memasuki pasaran arak tempatan yang sebelum ini didominasi sekian lama oleh Guinness Anchor Bhd. Begitu bijak syarikat arak terkenal ASAHI Group Holdings Ltd ini menyusun strategi dengan membeli 100% saham Permanis Sdn Bhd yang selama ini mendominasi jualan minuman berkarbonat jenama 7 up dan Pepsi [Berita Harian].


Lebih banyak syarikat arak luar negara dijangka sedang mengintai peluang menyertai kerancakan peluang perniagaan arak di negara ini memandangkan negara kecil ini mempunyai bilangan peminum arak bertaraf dunia, mengalahkan banyak negara-negara maju yang lain.

ReJaM© "Tahniah kepada kerajaan yang sudah lebih 53 tahun memerintah..."

source:
http://milosuam.blogspot.com/2011/07/hebat-malaysia-jadi-tumpuan-pengeluar.html#ixzz1TS9SCxZa

MIC juga desak PSM6 dibebaskan

S Pathmawathy
Penahanan berterusan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden MIC Datuk G Palanivel .

NONE"Jika awak tonton televisyen setiap hari, ada demonstrasi (di luar negara) dan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan semua (untuk menyuraikan orang ramai).

"Tetapi kemudian, mereka akan disuruh berbaris dan dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke balai polis (di mana penunjuk perasaan) akan dikurung selama tiga atau empat jam sebelum dibebaskan,” kata Palanivel pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun dalam kes ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan lima yang lain, mereka ditahan kerana menjadi “penggerak utama” perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, beliau berkata tindakan kerajaan itu hanya memburukkan imej negara.

"Perwakilan rakyat yang dilantik itu akan masih dalam tahanan dan semasa pilihan raya, mereka tidak perlu keluar untuk berkempen - mereka boleh terus menetap di penjara dan menang kerana rakyat akan mengundi mereka,” katanya.

Bimbang dengan sentimen rakyat berhubung penahanan itu, Palanivel menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya fokus untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya ke-13 ini.

Palanivel berkata beliau sedar tindakan kerajaan itu terus menerima bidasan dari dalam dan luar negara dan telah berhubungan dengan Najib beberapa hari lalu dan meminta tahanan itu dibebaskan.

NONEIni kali pertama seseorang ahli parlimen ditahan mengikut Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Penahanan itu boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, sama seperti peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sedang dipinda.

Selain Jeyakumar, anggota PSM yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu adalah M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Aduhai Brahim Ali oi..Tak ada sapa nak cemburu kat hang aihhh..!!!

Anugerah Ibrahim Ali: 'Saya mangsa cemburu'

Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

NONE"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program,
kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.

"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam
wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".

"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?

azlan"Sekiranya mereka tidak suka, mereka buat anugerah sendirilah. Kerana semua ini adalah disebabkan cemburu. Awak boleh lihat, semua (kritikan) ini adalah dari PAS dan pembangkang dan (mereka ini) memalukan, tak ada kelas," katanya dengan berang.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.

"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.

NONEAnugerah itu - yang dicadang diperkenalkan untuk menghargai mahasiswa yang terbukti "bersih dan konsisten" dengan prinsip memperkasa Melayu - telah mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk BN dan Pakatan Rakyat.

Sekalipun Naib Canselor UiTM Prof Sahol Hamid Abu Bakar telah mengeluarkan surat meminta pencalonan untuk anugerah itu pada awal bulan lalu, beliau kemudiannya menjelaskan ia adalah satu "kaji-selidik" untuk mendapat maklumbalas dari pensyarah, kerana ia belum diluluskan lagi oleh pihak Univesiti.

Senat univeristi itu akan membuat keputusan muktamad berhubung cadangan anugerah tersebut dalam mesyuaratnya esok

Muhyiddin jumpa 100 MP, tanda Najib bakal disingkir – Chegubard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya.

Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya- satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan),” kata Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard.

Menurutnya, ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk dari mantan PM itu.

Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan.

Beliau serterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis.

Chegu Bard sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesedian kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib.

Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.

Tambah Chegu Bard, melalui sumber dalaman umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu.

“Kerajaan UMNO-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka,”

“Polemik ini dilihat semakin tajam didalam pentadbiran kerajaan UMNO-BN,” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini Paklah pernah dipersalahkan apabila lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno selepas Pilihan Raya umum Mac 2008.

Paklah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan berikutan tekanan hebat dari dalam Umno yang memintanya menyerahkan kuasa kepada Najib yang ketika itu merupakan timbalannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17813

Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin perangkap Najib

KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
 
Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi ‘diketuai’ Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

“Zahid sebagai Naib Presiden sedang ‘bersiap’ untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri,” tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

“Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

“Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul ‘hero’ yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?” soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

“Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

“Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu,” kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14860

ISU OPERASI PUSAT HIBURAN: Tidak Pelik, Pelik & Paling Pelik

Sekonyong-konyong bergegarlah seketika Negeri Jelapang Padi Kedah Darulaman. Gegarannya sampai menggoncangkan jantung pisang Se-Tanah Melayu. Selepas gempa bumi maha dahsyat melanda tanah tumpah yang pernah dinamakan Malaya ini dari perhimpunan BERSIH.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, mengumumkan satu keputusan melarang pengusaha pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan. Ia adalah satu perlaksanaan terhadap enakmen yang dilulus oleh oleh kerajaan sebelum beliau. Kemudiannya dibuat pelarasan dalam situasi menang-menang iaitu melarang pusat hiburan dari dimasuki oleh orang bukan Islam. Ia hasil pertemuan penuh muhibbah dengan wakil-wakil masyarakat bukan Islam dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan.

Namun begitu, pengumuman ini mencetuskan polemik pro dan kontra. Ada perkara yang Tidak Pelik, Pelik dan Lebih Pelik telah berlaku.

1. Tidak Pelik apabila orang bukan Islam yang tidak faham menentang perlaksanaan ini. Mereka merasakan bahawa pelaksanaan ini menutup pintu rezeki mereka. Peliknya ialah mereka tidak tahu peraturan itu terkandung di dalam borang yang mereka isi ketika memohon untuk membuka pusat hiburan berkenaan. Ia juga terkandung di dalam Syarat Am Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Tetapi Lebih Pelik lagi ialah ada orang Islam yang menentang perlaksanaan undang-undang ini.

2. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan melaksanakan peraturan yang sudah ada. Ia digubal dan diluluskan ketika Umno dan BN memerintah Kedah. Tetapi Peliknya ialah Umno sendiri tak pernah laksana. Lebih Pelik lagi ialah bila Pakatan Rakyat hendak laksana peraturan yang mereka tidak pernah laksana, mereka mengacum merata-rata tempat untuk cuba pelaga orang yang mahu laksana.

3. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan membuat sedikit pindaan bagi menjamin hak bukan Islam untuk berhibur. Yang Peliknya ialah pengusaha bukan Islam melenting walaupun mereka sedar adalah menjadi hak orang Islam tidak melakukan maksiat. Tetapi Lebih Pelik apabila BN dan Umno yang menggubal enakmen ini dulu tidak tahu hak orang bukan Islam.

4. Tidak Pelik apabila kerajaan melaksanakan undang-undang negeri kerana itu adalah tugas sebuah kerajaan. Peliknya ialah apabila rakyat yang bernaung dalam sesebuah negeri tidak mahu mengikut undang-undang. Lebih Pelik apabila ada sebuah parti yang kononnya nak bela orang Islam, tapi kroni mereka di sebuah negeri, meluluskan pula undang-undang hiburan sampai pagi hari kononnya untuk jana ekonomi dan perkembang industri pelancongan.

5. Tidak Pelik apabila keluarnya puluhan NGO dan badan-badan Islam yang mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah. Turut menyokong termasuklah beberapa mufti dan ulama-ulama yang berintegriti lagi dihormati. Yang Peliknya ialah apabila ada orang-orang bukan Islam menyokong sama pelaksanaan ini. Bagi mereka, ini adalah hak orang Islam mengamalkan Islam. Tetapi Lebih Pelik ialah ada orang-orang Islam yang berkokok dan menentang serta mempertahankan bantahan kononnya mencabuli hak orang bukan Islam.

6. Tidak Pelik bila terdapat negeri yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kedah. Tetapi Peliknya, walaupun ia membawa kebaikan kepada masyarakat, ada negeri yang tidak berminat. Lebih Pelik apabila ada ulama-ulama yang menyokong tetapi negeri yang mereka pegang kuasa tidak pernah atau berminat laksana.

Percubaan yang dibuat oleh Ustaz Azizan memecah tradisi pelaksanaan enakmen yang sudah wujud. Tiada yang baru kecuali manusia berfikiran penjajah yang terus mempertahankan pendirian songsang mereka. Ia penuh dengan cabaran. Menguji kesepakatan Pakatan Rakyat yang semakin melangkah matang menghormati hak beragama masing-masing. Ia juga menguji kefahaman masyarakat Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Tidak payahlah Umno atau Barisan Nasional main isu ini. Akhirnya Umno sendiri yang terperangkap, berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi...

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah

Jika laa arahan ini Ust AZIZAN keluarkan di Kedah Medical Centre...mau terbalik RTM & TV3 dok buat cerita....

PAKAI TUDUNG DI MAHKOTA HOSPITAL MELAKA SATU KESALAHAN

Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunyaan Singapore sahabat akrab Yahudi Israel.

Beza politik AZIZAN & NAJIB sewaktu mai melawat KEDAH lanie...


MB KEDAH menyambut NAJIB di Airport
Ketua Pemuda PAS Alor Setar sambut PM kat airport...
Selamat datang PM.. kerajaan Negeri sedia taman, padang awam & stadium utk PM ceramah BEBAS NAK KATA APA PUN... inilah demokrasi yang kami mahu wujudkan di Malaysia

Inilah keterbukaan MB KEDAH..beliau masih lagi datang menyambut Perdana Menteri di airport atas kapasiti ketua memerintah negara yang datang ke negeri beliau.... namun apa yg diberi oleh Perdana Menteri Malaysia ini..apa bila sampai di Guar Chempedak kawasan sudah beralih seperti yg datang itu adalah PRESIDEN UMNO ataupun PRESIDEN BN, penuh habih bendera KATI & KERIS dipekan ini... mana dia bendera Malaysia dan Kedah... jika atas kapasiti parti politik takpayahlah juai nama KENDURI RAKYAT...

Inilah masalah BN/UMNO dimana mereka masih tidak dapat membezakan mana satu program parti mana satu program kerajaan....
Note : Jika KENDURI RAKYAT takan tak jemput MB KEDAH sekali sebab beliau kan tok ketua yg jaga negeri KEDAH nie...dan satu lagi... Tmn Wira Mergong, Pdg Awam Guaq Chempedak, Mini Stadium Pendang semua milik NEGERI..buatlah MB tak halang ni negara demokrasi.. Tapi PAS buat ceramah kat markaz sendiri di A.Star, P.Sena polis mai kepung halang.. Hak ni tak reti pikiaq

Khamis, 28 Julai 2011

Awat VIDEO nie tak laku la pulak..???

Video polis Bersih 2.0 tak laku

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.
Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau