Pengusaha pusat hiburan kesal
ALOR SETAR - Lebih 300 pengusaha pusat hiburan sekitar Alor Setar terkilan dengan arahan Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan lesen hiburan diperbaharui pada bulan Ramadan ini.
Tanpa mengemukakan alasan kukuh, arahan itu dimaklumkan oleh pegawai di pejabat daerah ketika beberapa pengusaha membuat permohonan memperbaharui lesen, minggu lalu.
Pengusaha, Tan Kan Tit berkata, pihaknya kesal dengan polisi Kerajaan Negeri berhubung perkara itu kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, sekali gus menyekat aktiviti perniagaan selama sebulan.
“Saya hairan apabila diberitahu lesen pada bulan Ogos tidak dapat diperbaharui berikutan keputusan Kerajaan Negeri. Polisi seperti ini seolah tidak peka terhadap kehendak bukan Islam,” katanya, pada sidang media di pejabat Gerakan Kedah, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai yang juga ADUN Derga.
Kan Tit berkata, sekiranya pengusaha pusat hiburan terus ‘diganggu’, mereka bercadang menubuhkan persatuan untuk membela nasib mereka akibat ditindas banyak pihak.
Seorang lagi pengusaha pusat hiburan, Li Koon Tat berkata, pihaknya kecewa terhadap arahan kepada semua restoran makanan supaya dibuka pada pukul 3 petang sepanjang Ramadan, dan ini menjejaskan pendapatannya.
“Difahamkan jika ada pekerja Islam, restoran perlu dibuka pada 3 petang. Kedai Kopi Cina juga akan terjejas dan seolah hak kami sebagai bukan Islam dicabuli,” katanya.
Pihaknya kesal kerana berikutan polisi itu, pihaknya menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.
Sementara itu, Dr Cheah menyifatkan arahan itu tidak jelas dan mengelirukan banyak pihak kerana penjelasan tidak dibuat oleh pihak berkenaan.
“Saya pernah bertanya pada Exco Kerajaan Negeri tetapi katanya tidak wujud arahan itu, tetapi pegawai di pejabat daerah pula maklumkan polisi itu. Ini menyebabkan pengusaha keliru dan bimbang periuk nasi mereka terjejas kerana sekiranya tidak mendapat lesen, kelak premis diserbu pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, setiap bulan pengusaha pusat hiburan perlu memperbaharui lesen mereka, tetapi kali ini mereka dikejutkan dengan surat arahan berhubung perkara itu.
“Tahun lalu masalah ini tidak timbul. Walaupun lesen diperbaharui, tetapi pengusaha perlu mematuhi beberapa peraturan ditetapkan dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Saya harap Kerajaan Negeri memberi sedikit kelonggaran atau memperjelas keadaan sebenar dengan segera,” katanya.
Pihaknya juga kesal kerana polisi baru itu tidak dimaklumkan lebih awal kepada pengusaha supaya sekiranya timbul ketidakpuasan hati, perkara itu boleh dibincangkan oleh kedua-dua pihak terlibat.
Dr Cheah berkata, sekiranya Kerajaan Negeri berhasrat mengurangkan aktiviti hiburan sepanjang Ramadan, mereka perlu dimaklumkan lebih awal kerana kebanyakan pengusaha adalah bukan Islam.
“Pengusaha berharap operasi dapat diteruskan mengikut ketetapan masa tertentu atau Kerajaan Negeri menarik balik arahan itu. Pihaknya bercadang untuk bertemu wakil rakyat DAP untuk berbincang mengenai perkara itu untuk dikemukakan pada Menteri Besar,” katanya.
Menurutnya, polisi itu telah menyusahkan banyak pihak, terutama pengusaha bukan Islam dan mereka memohon agar dikecualikan daripada penguatkuasaan itu.
“Mungkin ia lebih sesuai untuk pengusaha pusat hiburan dalam kalangan Islam, tetapi tidak rasional untuk bukan Islam. Tidak semua pusat hiburan dicemari minuman keras, ada sebahagian berkonsepkan kekeluargaan,” katanya.
Dr Cheah turut mendakwa setiap pengusaha pusat hiburan terpaksa memperuntukkan RM1,300 untuk memperbaharui lesen, dan jumlah ini adalah tertinggi berbanding negeri lain

Tiada ulasan:
Catat Ulasan