Yang Dipertua PAS kawasan Hulu Selangor (Paling kanan) turut hadir menyatakan sokongan kepada 'mangsa'.
Bukit Beruntung - Tidak cukup kedai diperiksa, rumahnya juga turut digeledah oleh pihak Polis untuk mencari bukti keterlibatan beliau dengan BERSIH 2.0. Inilah yang dialami oleh pemilik sebuah kedai buku disini hari ini.
Natijahnya, kesemua pekerja beliau dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa sebermula jam 10 malam sehinggalah jam 5 pagi untuk memberi keterangan kepada pihak Polis.
Hampir 30 orang ahli-ahli PAS kawasan Hulu Selangor termasuk pimpinan seperti YDP PAS Kawasan,Tn Hj Idris, Mohd Nizam Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan dan ramai lagi saf pimpinan kawasan telah turut hadir memberikan bantuan dan sokongan moral kepada mangsa,ahli keluarga dan para pekerjanya.
Turut hadir wakil daripada PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful dan Cikgu Nasarudin serta beberapa orang yang lain.
Kesemua mereka dibebaskan pada jam 5 pagi Isnin 4 Julai setelah pihak Polis berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan. -Rakyat Marhaen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan