Ramai yang terkejut apabila Karam Singh (foto) TV3 berbicara malah menyokong isu alam sekitar yang ditakuti rakyat itu sebenarnya. Mereka yang menyaksikan adengan memalukan Karam Singh itu "mengucap panjang" melihat kedurjanaan pejuang alam sekitar dan hak asasi manusia seperti beliau yang akhirnya "berpaling tadah".
Rakyat yang selama ini dibela, sudah tidak menjadi matlamat Karam Singh lagi. Beliau lebih selesa mempertahankan kerajaan yang terdesak untuk terus menipu rakyat. Karam sebenarnya bakal "karam" dek kebodohan dirinya sendiri. Imej dan popularitinya pasti merudum dek kerana kesilapan besar yang dilakukannya.
Sanjungan sebagai pembela rakyat dalam isu-isu alam sekitar selepas ini pasti tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Malah, dek kerana kejelekan beliau cuba mempertahankan "benang yang basah" itu, maka Karam Singh bakal dikenang sebagai pengkhianat rakyat. Apatah lagi sekiranya, rakyat berhadapan dengan risiko akibat keputusan kerajaan untuk meneruskan projek ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam edisi siasat Karam Singh itu, beliau langsung tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang membantah Lynas terutamanya NGO Save Malaysia. Selama ini kita dipaparkan dengan laporan eksklusif yang tidak berat sebelah oleh NTV7 dalam isu Lynas. Biar pun dalam bahasa Mandarin, namun laporannya amat menarik dan padat dengan maklumat berguna.
Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang Karam Singh lakukan. Tindakan beliau menemubual "individu yang dikaitkan dengan samseng UMNO" ketika demontrasi aman Lynas di Pantai Teluk Chempedak pada 31 Mei lalu, amatlah memalukan. Karam Singh gagal untuk menyiasat siapakah yang ditemubualnya, sebelum menerbitkan rancangan tersebut.
Di sini, nampak benar beliau telah "dibayar dengan harga tertentu" oleh pihak berkenaan untuk membuat propaganda memesongkan minda rakyat agar percaya Lynas tidak berbahaya, sedangkan beliau sendiri tahu hakikat projek ini.
Betapa dangkalnya Si Karam Singh bila tergamak temubual individu ini

Video panas ketika penyokong UMNO "attack" rakyat berdemo bantah Lynas
[Malah, kerajaan juga berkali-kali mengatakan isu tersebut hanyalah dipolitikkan oleh parti pembangkang bagi menagih sokongan dalam pilihanraya umum akan datang. Mendengar kenyataan seperti ini, jelas sekali telah mencemarkan imej kerajaan itu sebenarnya. Bukankah ramai dikalangan ahli dan pemimpin MCA iaitu komponen BN yang menyokong bantahan Lynas. Maka kenapa ia dikaitkan dengan isu pembangkang.
Pemimpin pembangkang terpaksa memperjuangkan isu ini selepas melihat UMNO BN gagal bertindak dengan sewajarnya. Malah, UMNO BN perlu ingat bahawa lokasi kilang Lynas terletak dalam kawasan parlimen pembangkang iaitu Indera Mahkota yang diwakili oleh Azan Ismail (PKR).
Malah, Kuantan sendiri diwakili oleh Fuziah Salleh juga dari PKR. Maka, apakah menjadi satu kesalahan untuk mereka bangkit membela rakyat?. Sedangkan ia adalah hak dan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit. Kebodohan Karam Singh menerbitkan siaran tersebut menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang sendiri yang akhirnya mendapat malu.
Tahniah kepada Karam Singh kerena mempercepatkan kapal UMNO BN karam di negeri Pahang]. -Pahangdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan