Jumaat, 9 September 2011

Tiada Bukti Untuk Dakwa Mat Sabu, Tapi Ada Banyak Bukti Mat Sabu Untuk Dakwa Utusan

Polis: Kertas siasatan kenyatan Mat Sabu siap

Polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya dalam tempoh terdekat.
Katanya polis telah mengambil keterangan daripada timbalan presiden PAS itu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Ahad lalu.

"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Beliau berkata
Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara, kata Ayub.


Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga pengerusi DAP Karpal Singh. - Bernama
Tinggal 24 jam sebelum Utusan disaman

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menghantar notis supaya Utusan Malaysia supaya menarik balik laporan dan memohon maaf di atas penyiaran laporan bertarikh 27 Ogos lalu yang didakwa berunsur fitnah.

Katanya, beliau memberikan tempoh selama 24 jam untuk berbuat demikian sebelum menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran laporan muka depannya bertajuk "Mat Sabu Hina Pejuang".


"Utusan Malaysia pada 27 Ogos yang tulisannya pada muka depannya langsung tidak sama dengan ucapan saya yang sebenarnya. Saya dengar berkali-kali.

"Ia telah menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai terhadap saya.

"Fitnah itu terlalu berat dan besar akibat laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos, sehingga berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman berat yang saya lalui pada hari ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Sementara itu, peguammnya Mohamed Hanipa Maidin berkata, notis tersebut dihantar kepada ketua pengarang Utusan untuk menarik balik fitnah yang dilemparkan ke atas Mohamad.

"Kalau tak tarik balik, saya d
iarahkan untuk memfailkan saman minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya.


Ditanya mengapa tindakan menghantar notis itu dibuat sekarang, Mohamed Hanipa berkata, ini kerana laporan akhbar itu disiarkan ketika beberapa hari sebelum cuti Aidilfitri.

"Ia berlaku dalam suasana raya... Kita perlu masa untuk study dari aspek perundangan.

"Kira Utusan ni tak adillah, (siar) dekat raya, (waktu orang) bercuti," kata Mohamed Hanipa.

Selain itu, Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh memfailkan saman kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan.


Mohamed Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh anak guamnya untuk menfailkan saman kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung bil pembayaran perubatan pembedahan ligamen lututnya yang terkoyak dirempuh kereta polis pada 9 Julai lalu. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan