Jumaat, 7 Oktober 2011

Fitnah II: Peguam tetap mahu Najib- Rosmah disepina. , at 6.10.11,


KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh yang mewakili Ketua pembangkang, Datuk Seri akan memfailkan rayuan terhadap keputusan permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad

Zabidin Mohd Diah hari ini menerima permohonan Najib dan Rosmah yang enggan hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

“Kami bercadang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hakim hari ini.

“Petang esok kami akan failkan rayuan,” kata Karpal Singh di luar Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Najib dan Rosmah adalah saksi penting dalam kes Fitnah II.

Najib sebelum ini dilaporkan menemui pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum tarikh beliau memfitnah Anwar meliwatnya.

Rosmah pula dilaporkan pernah bertemu dengan sahabat karib Saiful, Mohd Rahimi Osman.

Malah, beliau juga pernah dirakam kenyataannya oleh pegawai penyiasat Fitnah II, DSP Jude Blacious Pereira.

Mengulas lanjut, Karpal berkata perkara yang paling dikesalkan beliau dalam penghakiman hari ini adalah tindakan Hakim Zabidin yang tidak mengemukakan sebarang asas penghakiman dalam keputusannya menerima permohonan Najib dan Rosmah.

“Malangnya, hakim tidak memberikan sebarang sebab kenapa sapina itu ditolak.

“Hakim sepatutnya memberikan sebab memandangkan beliau mengambil masa (dua hari) untuk membuat keputusannya,” kata Karpal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan