Calun BN - Tidak ada had umur, asal boleh menang !!
Bahang panas PRU ke-13 sudah terlalu hampir. Komponan BN terutama Umno, kini sedang menghadapi berbagai kerenah terutama masaalah dalaman parti. Banyak isu-isu panas yang membabitkan pemimpin Umno dan juga kepincangan kerajaan UmnoBn telah menjejaskan sokongan terhadap parti Umno dan BN amnya.
Bahang panas PRU ke-13 sudah terlalu hampir. Komponan BN terutama Umno, kini sedang menghadapi berbagai kerenah terutama masaalah dalaman parti. Banyak isu-isu panas yang membabitkan pemimpin Umno dan juga kepincangan kerajaan UmnoBn telah menjejaskan sokongan terhadap parti Umno dan BN amnya.
Terbaru isu penyelewengan wang rakyat sejumlah RM250 juta yang melibatkan seorang menteri telah memanaskan lagi keadaan. Semuanya ini menjejaskan imej UmnoBn.
Imej Perdana Menteri sendiri cukup tercemar. Sokongan rakyat terhadapnya masih samar-samar, walaupun imej bersih balik dari haji cuba ditonjolkannya! Najib benar-benar sedang pening kepala sekarang !, Apatah lagi bila memikirkan tentang calun-calun BN dalam PRU ke-13 akan datang.
Kualiti wakil rakyat sekarang dan calun-calun PRU ke-13
Kebanyakan wakil rakyat BN sekarang ini jelas sekali tak ada kredibiliti dan tak ada kualiti jika dibanding dengan pembangkang. Untuk memilih calun-calun PRU ke-13 satu hal lagi !. Umno sangat sedar tentang hal ini!. Mereka sebenarnya sudah kekeringan calun-calun berkualiti. Umno sudah kepupusan ahli-ahli yang cerdik pandai. Al maklum ! barangkali semuanya sudah meninggalkan parti tong najis yang busuk itu!
Mahu tak mahu maka akhirnya Najib terpaksa membuat keputusan atau pengistiharan bahawa calun UmnoBn dalam PRU k3-13 - Tidak ada had umur, asal boleh menang !! Kesian pula kita mendengarnya…sampai ketahap macam tu sekali!!
Maka tidak heranlah nanti, calun-calun UmnoBn terdiri dari yang pelik-pelik, yang janggal, atau yang sumbang, ini termasuklah bekas perasuah, bekas perogol atau penzina dan barangkali taukey video seks juga perpeluang untuk menjadi calun !
Teringat kata-kata Najib ,,…Putrajaya akan dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun. Maksud Najib kita faham – ini termasuklah cara kasar, cara halus, cara jahat dan cara paksa !. seperti dilakukannya di Perak. Tetapi Najib lupa Allah itu maha mengetahui, maha adil dan maha berkuasa !! Jerat tidak pernah lupakan pelanduk ! Senjata ditangan Umno tak mustahil boleh memakan tuannya sendiri !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan