Khamis, 10 November 2011

Syarikat projek lembu beli kondo mewah RM9.8 juta

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan parlimen hari ini, ahli parlimen Machang itu mendakwa jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada RM83 juta hutang NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Dakwaan ini wajar disiasat secepat mungkin kerana ia melibatkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia," katanya yang turut mahu perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat berhubung dakwaan itu.

Katanya, perdana menteri perlu disiasat berhubung kenyataan menteri kewangan itu mengenai jumlah dana yang telah dipindahkan daripada jumlah RM250 juta.

Muhyiddin pula, tambahnya, perlu disiasat selaku kedudukannya sebagai menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini, manakala penggantinya Datuk Seri Noh Omar perlu disiasat berhubung penjelasan menteri berkenaan sebelum ini.

Saifuddin menambah, individu yang perlu disiasat ialah Shahrizat selaku menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyarakat.

"Kita tak serang ketua wanita umno. Kita serang menteri yang secara terang-terang melalui kaitan keluarganya terbabit dalam konflik kepentingan yang jelek ini," tambahnya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disiasat kerana didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan "terang-terang tampil untuk melindungi (perbuatan) pecah amanah."

Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan Khairy semalam bahawa wang berkenaan tidak boleh dipindah dengan mudah dan perlu melalui kelulusan oleh satu jawatankuasa khas.

"Saya nak tanya (Khairy) sekarang. Beli kondo RM9.8 juta, jawatankuasa teknikal mana yang luluskan? Mesyuaratnya bila? Siapa yang pengerusikan? Cek-cek ini siapa tandatangan. Di mana kawalan ketat?

"Kalau (ahli parlimen) Rembau seorang yang punya itegriti dan wibawa, dia kata dikawal ketat, akaun khas bermacam jargon hebat digunakan, macam mana dia nak jelaskan kelulusan RM9.8 juta (untuk beli kondominium)? Apa rasionalnya luluskan? Lembu nak tidur di situ?" soalnya.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliKetika ditanya dalam sidang media sama, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli pula berkata, parti itu mendapat maklumat berhubung dakwaan transaksi untuk pembelian kondominium berkenaan melalui satu sumber yang enggan didedahkan.

"Kalau kita sudah berani buat dan kita sudah melawat ke (kondominium) ini, ini dakwaan yang kita buat dan kita berani bawa ke SPRM. Tanggungjawabnya kalau nak buktikan kami tidak betul adalah tanggungjawab PM, TPM, menteri pertanian, ketua Wanita Umno dan ketua Pemuda Umno," tambahnya.

Beliau turut mencabar supaya pihak berkenaan menunjukkan penyata bank pada tarikh 2 Disember 2009, didakwa melibatkan bayaran melalui satu cawangan bank di Taman Tun Dr Ismail kepada pemaju hartanah terkemuka itu.

"Saya cabar tunjuk bank statement kepada rakyat. Kalau dia tak tunjuk, nak saman pun bolehlah saman bila-bila masa," katanya lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan