Khamis, 23 Februari 2012

BR1M@Kedah - 57,000 gagal.. 33901 dah dapat..!!

57,000 permohonan BR1M di Kedah gagal

CHANGLUN - Sebanyak 57,000 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kedah yang ditolak, perlu segera membuat rayuan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan mereka menerima bantuan itu bagi sesi kedua.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharum berkata daripada jumlah itu hanya 14,000 pemohon telah membuat rayuan di LHDN.

Katanya kebanyakan borang permohonan mereka ditolak adalah disebabkan maklumat pemohon tidak diisi dengan lengkap.

"Mereka hanya boleh buat rayuan sebelum 10 Mac depan agar mereka yang layak menerima tidak tercicir buat kali kedua," katanya pada Majlis Penyampaian baucar BR1M Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak RM165 juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan kepada 330,901 penerima yang layak di negeri ini dan penyerahan bantuan dijangka berakhir 1 Mac depan.

Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata daripada jumlah itu sebanyak 314,830 telah menerima baucar terbabit manakala 16,071 melibatkan peruntukan lebih RM8 juta akan menerimanya dalam masa terdekat.

Bagi penerima yang telah meninggal dunia, sakit uzur dan dipenjarakan, wakil mereka boleh menuntut dan menunaikan baucar tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan