Kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuantan semalam berhimpun di pantai Teluk Cempedak sebagai membantah tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng.
Bermula sejak 5 petang semalam, penunjuk perasaan yang berpakaian kemeja-T anti-Lynas hitam dan kuning membawa bersama kira-kira 1,000 belon dalam warna yang sama.
Mereka diminta untuk menulis hasrat mereka pada cebisan kertas sebelum dilekatkan pada belon-belon berkenaan sebelum dilepaskan.
Antara mesej itu berbunyi: "Hentikan Lynas, Radiasi Lynas? Tidak, terima kasih saja!". Satu lagi sepanduk panjang dalam bentuk kaligrafi Cina berbunyi: "hapuskan racun, jadikan negara kita gembira dan sihat,"
Dalam usaha mewujudkan kesedaran kepada orang ramai, para penunjuk perasaan juga memberi belon kepada orang ramai.
Pengerusi Selamatkan Malysia, Hentikan Lynas (SMSL) Tan Bun Teet, ketika dihubungi malam tadi, berkata keputusan AELB meluluskan lesen TOL telah mengabaikan sentimen tempatan yang mencetuskan kemarahan rakyat yang berhimpun itu.
"Malam ini, ramai yang datang, pantai penuh sesak dengan orang," katanya.
Menurut beliau juga, jumlah belon yang dibawa juga tidak mencukupi kerana pihaknya tidak menjangkakan sebegitu ramai orang akan akan datang.
Tan juga berkata demonstrasi yang diadakan malam semalam berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tiada sebarang kehadiran polis atau pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuantan yang dikesan, berbanding perhimpunan lalu, di mana khemah penganjur digeledah dan orang ramai diarahkan bersurai.
Beliau juga memberitahu pada Rabu ini, kumpulannya akan mengutus surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, bagi menuntut AELB, yang terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya supaya menarik balik lesen TOL itu.
"Kami akan beri tujuh hari kepadanya untuk jawab. Jika surat kami tidak dibalas dalam tempoh berkenaan, kami akan memfailkan semakan kehakiman dengan mahkamah," katanya.
Hadir bersama pada acara malam semalam adalah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersama keluarganya.-M,kini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan