Dua anggota polis berpangkat DSP mengambil keterangan DS Nizar. 28 soalan ditanya polis kepada DS Nizar |
IPOH - DS Nizar Jamaluddin menjawab 28 soalan dikemukakan oleh polis berhubung kenyataan yang dibuat berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW1.Dua orang pegawai dari Skudai Johor Bharu telah mengambil keterangan DS Nizar.
Soal siasat bermula jam 2.30 dan berakhir jam 3.10 petang tadi.
Ketika ditemui pemberita, Nizar berkata, dalam isu kes bidaan, beliau menghormati tugas polis dan telah memberi kerjasama sepenuhnya seperti yang diminta.
"Dia (polis) dah siasat, keterangan pun sudah diambil jadi saya serahkan kepada polis untuk siasat," tegas DS Nizar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan