KUALA LUMPUR (14.7.12): Demonstrasi aman Himpunan Oren Selamatkan Felda telah diadakan hari ini dengan bermulanya solat berjemaah Zohor dan Hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Selesai solat, orang ramai berarak ke Istana Negara dengan dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu serta pimpinan-pimpinan yang lain. Beberapa NGO telah turut serta di dalam perhimpunan aman anjuran ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) ini.
Memorandum yang berisi 8 tuntutan akan diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung diakhir perhimpunan nanti.
8 tuntutan tersebut adalah 1) Pecat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, 2) Batalkan pinjaman bank peneroka, 3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantation, 4) Selesaikan tuntutan-tuntutan peneroka, 5) Hapuskan hutang-hutang peneroka, 6) Lindungi tanah-tanah peneroka, 7) Jamin kepentingan masa depan generasi ke 2 & 3, 8) Batalkan Felda Plantation dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda.
Saya telah berkesempatan untuk bersama-sama di dalam perhimpunan aman hari ini. Berikut adalah gambar-gambar yang saya rakamkan di hari yang bersejarah ini. -sumber
Masjid Wilayah Jalan Duta |
Selesai solat |
Bergambar bersama Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan Dr Rosli Yaakop |
Perarakan bermula |
Dato' Seri Nizar Jamaludin dan keluarga menjadi tumpuan orang ramai |
Ramai yang minta bergambar bersama DS Nizar |
Barisan pimpinan |
Ucapan ringkas berupa taklimat kepada orang ramai disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman |
Berarak menuju ke Istana Negara |
Haji Mat Razalli serta anak bergambar dengan Ustaz Idris Ahmad |
Pemimpin dibarisan hadapan |
Ceria biarpun dibawah terik mentari |
Pihak berkuasa polis membuat sekatan jalan menuju ke Istana Negara |
Semua pimpinan menaiki belakang lori untuk memberikan ucapan kepada orang ramai |
Tamrin Tun Ghafar Baba juga ada bersama |
CheguBard juga tidak mahu ketinggalan |
Orang ramai menunggu arahan seterusnya daripada pimpinan dan juga pihak penganjur Himpunan Oren |
Apa yang dibisikkan Sohaimi Mior Hassan kepada DS Nizar tu? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan