Selasa, 4 Disember 2012

Ini Perbezaan Antara Muktamar PAS Dan Perhimpunan Agong Umno

 

PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan.
Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti.
PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata.
PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis.
PAS memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. UMNO memanjatkan pujian kepada para pemimpin mereka, tak habis-habis membodek.
Semua pemimpin dan perwakilan PAS menutup aurat. Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat.
PAS berazam mahu berkuasa sambil berserah diri kepada Allah. UMNO dengan angkuh dan sombong mengatakan mereka pasti menang besar. Jika PAS berlapik dengan perkataan ‘insyaAllah’ maka UMNO hampir tidak menyebutnya.
PAS bercakap dari lubuk hati yang ikhlas, apa yang dicakap datangnya dari hati. UMNO pula lain di lidah tetapi lain di hati dan lain pula perbuatannya. Kononnya UMNO ikhlas demi agama, bangsa dan negera tetapi hakikatnya semua itu hanya ‘pemanis kata’ dalam PAU, nawaitu sebenar mereka ialah untuk terus merampok reta meredak kekayaan negara.
Dalam muktamar PAS, ahli-ahli digalak banyak berderma atau bertabaruat. UMNO pula banyak meminta dari pucuk pimpinan mereka macam-macam, sampai minta yang muflis dibebaskan.

Muktamar PAS banyak dipandu oleh persoalan halal, haram, dosa dan pahala dalam ucapan. Namun tiada panduan seumpama itu bagi UMNO. Halal haram dia baham semacam, fitnah dan maki hamun jadi ‘makanan lazat’ mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan