Para jemaah menunggu masuk waktu zohor
di masjid Albukhary. Penuh sesak! Ada jemaah yang 'bimbang', kalau-kalau imam
dan bilal konfius, hari itu Jumaat atau Sabtu apabila seorang kaki tangan masjid
kerap sangat menguji suara di pembesar suara masjid!
Awek ini pun nampaknya bergegas untuk
solat zohor sebelum bersama menjayakan himpunan. Alhamdulillah!
Setelah selesai solat, para jemaah mula
bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka sambil berjalan lenggang
kangkung, akur kepada arahan bang Mat Sabu, agar tiada perarakan, cuma berjalan
lenggang-lengguk! Anak aku kata boring jalan macam ni, lebih seronok berjalan
dan lari-lari macam
Bersih 3.0 dulu!
"
Heh...engkau ni!!" jerkah aku padanya.
Yang tak dapat ruang bersolat dalam
masjid albukhary, terpaksa bersolat di tengah panas di laman masjid! Kaki tangan
masjid tolong bentang tikar lagi! Terima kasih!
Hanya untuk buang air kecil dan ambil
wudhuk, terpaksa berbaris panjang, ada yang berbaris hampir satu jam! Tu
diaaa!
Tapi hairan aku, kerana semua nampak
sabar dan tenang serta cukup memahami walaupun ada juga yang kelihatan berdiri
gelisah
sambil terkepit-kepit
paha!
Mula berarak ke Stadium Merdeka sambil
sembang, berborak-borak, berkenal-kenalan dan ada yang makan-makan dan berkongsi
jajan yang dibawa! Aman...memang aman sangat hari itu!
Cuma yang tak aman, bingit dengan bunyi
penjual trompet dengan trompet-trompetnya!!! Mak ooiii!!!
Awek ini pun turut gagah melangkah
dengan penuh keazaman,
bergerak ke medan perubahan:
A.B.U!!
Sebaik masuk dalam Stadium Merdeka ikut
pintu kecil di belakang stadium...aku terpegun! Ramainya manusia, dah lah di
luar berduyun, di dalam macam ulat!
Laa...ini bendera apa pulak ni? Dulu
ternampak berkibar di celah-celah ribuan manusia di Gaza, Palestin, hari itu
berkibar pulak dah di tiang bendera dalam Stadium Merdeka!
Punca #KL112 pada Sabtu itu aman malah
sangat aman, aku agak adalah kerana orang ini tidak lagi meneropong dari sebalik
tingkap di mana-mana hotel di sekitar stadium! Mungkin orang ini tak sempat nak sewa
bilik hotel kot atau teropong itu dah hilang!!?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan