Jumaat, 17 Disember 2010

FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGINGATIMU

Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datang ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas robongan.
Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebvut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,”.Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan

Semakin hari dan setiap masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolihi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majlis seumpama itu.

Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, umtuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudia. Para doctor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.

Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.

Kami berhimpun . Ustaz hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat bhajat dan membaca surah Yassin.
Semakin ramai yang datang , kebimbangan berteusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.
Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Mnejlang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.

Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.

10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; “Kita Kehilangannya,”.

Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat etrsebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.


(Petikan di atas diambil daripada buku 'FADZIL NOOR DALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan