Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah mengucap tahniah kepada YAB Menteri Besar Kedah kerana berjaya menerajui pentadbiran dengan baik dan berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.
“Kerajaan beta sentiasa memberi kerjasama yang erat kepada semua pihak di dalam menjayakan projek pembangunan demi faedah rakyat negeri ini,” titahnya.
Baginda bertitah demikian di Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan baginda yang ke 83 di Istana Anak Bukit, hari ini.
Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.
“Kerajaan beta telah memberi perhatian khas bagi mempercepatkan dan membantu para pelabur menjayakan projek masing-masing. Beta berharap inisiatif seperti ini dapat mempercepatkan kelulusan dan melancarkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan yang bakal memberi faedah kepada rakyat negeri ini,” titah baginda.
Dalam titah ucapan itu baginda turut menyentuh mengenai kerenah birokrasi yang sering dikaitkan dengan kelewatan menyiapkan sesuatu projek, hendaklah diatasi segera.
Baginda percaya dengan kaedah 5 Bintang seperti yang dikejar tidak akan memberi makna jika perubahan sikap dan minda tidak berlaku di dalam proses pentadbiran dan perurusan dengan para pelabur dan pedagang.
“Beta yakin kestabilan politik dan kemantapan jentera kerajaan akan berjaya menarik lebih ramai pelabur memilih negeri ini sebagai lokasi pelaburan yang menguntungkan,” titahnya.
Baginda memuji langkah kerajaan memberi bantuan sara hidup, membina rumah kepada rakyat ikut kemampuan kepada lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah mendapat faedah program ini.
Baginda juga melahirkan rasa bangga dengan peningkatan bidang pendidikan dalam peperiksaan UPSR dan PMR serta pencapaian pelajar Maktab Mahmud dalam dua peperiksaan itu yang meletakkan Maktab Mahmud dalam kumpulan 45 buah sekolah yang mencatat keputusan cemerlang di Kedah.
Selain itu baginda memuji kejayaan Kontinjen Kedah dalam Sukma yang menduduki tempat ke lima daripada 15 kontinjen dengan meraih 39 emas, 20 perak dan 31 gangsa selain 72 atlet Kedah yang terpilih mewakili negara dalam acara sukan peringkat antarabangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan