Cabaran kepada semangat demokrasi
Insiden mengejutkan kehilangan calon Pro Mahasiswa UM; Masturah Abu Bakar merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya kampus. Kehilangan Masturah dilihat sebagai "konspirasi terancang" pihak-pihak tertentu dalam menakutkan gerakan Pro Mahasiswa seterusnya menggagalkan kemenangan mereka di universiti-universiti. Apa yang akan berlaku sekiranya gerakan Pro Mahasiswa tewas? Ya. Pentadbiran universiti akan lebih mudah untuk menjalankan dasar-dasar yang menekan mahasiswa dari beraktivisme.

Berbalik kepada insiden kehilangan Masturah (gambar atas); sebuah laporan polis telah pun dibuat oleh temannya. Nurhanis Wahidah diikuti dengan sebuah perhimpunan di Dewan Tunku Canselor yang melibatkan sekurang-kurangnya 200 mahasiswa untuk menyerahkan memorandum yang menuntut pihak universiti agar bertanggungjawab atas kehilangat tersebut.
Mengulas insiden kehilangan Masturah, pihak pentadbiran universiti menekankan bahawa mahasiswa dilarang berkempen di luar kampus. Sekiranya berbuat demikian, mereka harus bertanggungjawab di atas tindakan yang mereka lakukan. Ini merupakan sebuah kenyataan yang sangat memalukan.
Logiknya seseorang individu itu memang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan-tidak perlu peraturan bertulis pun kita sudah mengetahuinya. Isunya ialah - Masturah adalah seorang pelajar UM sendiri dan merupakan Calon Pro Mahasiswa yang bakal bertanding. Pihak universiti harus lebih prihatin dengan insiden yang menimpa Masturah dan bukan mengambil sikap eskapis. Ini sangat tidak profesional. Sikap acuh tidak acuh pentadbiran UM ke atas insiden yang menimpa Masturah cuma akan menjejaskan ketelusan dan kepercayaan pelajar dan masyarakat kepada institusi ulung tersebut.

Kebebasan beraktivisme mahasiswa cuba dikekang sebaik mungkin. Seorang demi seorang aktivis Pro Mahasiswa bakal dikenakan tindakan akibat program "ziarah mesra" bagi mendekati masyarakat kampus. Soalan saya, apakah impak negatif dari ziarah mesra tersebut? Apakah ini sebuah pencabulan terhadap demokrasi? Malah program ziarah ini akan merapatkan lagi hubungan sesama pelajar. Satu lagi isu yang harus diketengahkan sebagai isu yang dilihat cuma mengongkong kebebasan beraktivisme dan kebebasan berkreativiti mahasiswa adalah isu dari pentadbiran UM yang mewajibkan calon pilihan raya kampus menghadiri bengkel calon. Isu ini telahpun dijawab dan disokong oleh Front mahasiswa.
Tempoh berkempen bagi pilihanraya kampus seluruh negara diperlihatkan dengan insiden-insiden buruk yang menjejaskan sistem demokrasi pilihanraya kampus. Antara lain adalah insiden mengoyak poster calon Pro Mahasiswa, membaling cat kepada kenderaan, membakar sepanduk dan sebagainya.
Apakah yang boleh diertikan dengan semua insiden ini? Ya. Mahasiswa kita cuba diterapkan dengan budaya "kebudak-budakan" dan tidak matang. Pihak lawan cuba melakukan provokasi, menakut-nakutkan calon Pro Mahasiswa; tujuan akhirnya agar calon Pro Aspirasi menang. Maka; mahasiswa sebolehnya akan dikawal dengan ketat.
Sehingga saat artikel ini ditulis, pilihanraya kampus telahpun berlangsung. Ia menyaksikan kemenangan calon-calon Pro Mahasiswa di UM, UKM, UIA dan pengaruh Pro Mahasisa mula bertapak universiti lain.
Nampaknya, gerakan mahasiswa mula mendapat momentum. Idealisme perjuangan mahasiswa harus dilaungkan. Perjuangan untuk menggangkat martabat mahasiswa perlu diperluaskan. Dan untuk hari-hari seterusnya, gerakan Pro Mahasiswa bakal menghadapi rintangan demi rintangan. Teruskan perjuangan! Ayuh ciptakan sejarah! Mantapkan agenda perubahan!\
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan