Sabtu, 5 Februari 2011

Mengapa majoriti pelajar dari Mesir menyokong PAS?

Dalam artikel sebelum ini, ramai di kalangan blogger pro kerajaan yang mempersoalkan sokongan politik pelajar-pelajar Malaysia di Mesir di dalam usaha kerajaan membawa pulang mereka dari negara bergolak itu. Kebanyakkan blogger pro kerajaan dilihat mempolitikkan nyawa pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir rujuk link ini [Krisis Mesir]

Persoalan tentang mengapakah majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Mesir meyokong Parti Islam se-Malaysia, PAS bukan sesuatu yang sukar untuk dijawab. Jawapannya adalah serupa dengan persoalan mengapakah majoriti golongan ahli agama seperti ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan cikgu-cikgu Agama lebih cenderung menyokong PAS.

Gambar di atas Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356
yang dibawa dari Mesir dengan pesawat MAS dan AirAsia tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah hari ini

Negara Mesir sangat sinonim sebagai tempat pengajian Agama Islam, di mana terdapat Universiti (Al-Azhar) tertua, terkenal, dan diiktiraf oleh semua negara Islam di dunia yang menyediakan pengajian Agama Islam untuk pelajar-pelajar dari seluruh dunia. Majoriti pelajar Malaysia ke sana untuk mendalami Islam.

Sebut sahaja belajar di Mesir, kita akan tergambar seorang ustaz yang alim berkopiah dan warak. Golongan ini faham agama, faham Islam. Para pelajar Malaysia di Mesir menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menjadi bijak, mendalami ilmu agama Islam.

Begitu juga golongan ahli Agama yang sering dilihat di kaca televisyen yang sangat dihormati oleh rakyat Malaysia sebelum ini seperti Dato Dr Harun Din, Dr Hassan Ali, dan Ustaz Ismail Kamus, mereka ini juga telah bersama-sama mengikuti perjuangan Parti Islam se-Malaysia, PAS.

Mengapakah majoriti ilmuan Islam yang bijak dan pakar tentang ilmu agama di atas menyokong PAS? Jawapannya mudah, kerana mereka faham Islam, tahu hukum hakam agama dan sayangkan Islam, ingin melihat kegemilangan tamadun Islam suatu masa dulu dikembalikan di muka bumi Malaysia dan seluruh dunia.

Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mendakwa mereka pejuang Islam yang sebenar, mereka lebih Islam berbanding PAS ternyata syok sendiri. Golongan ahli agama dan ilmuan yang pakar terhadap Islam nampaknya berbondong-bondong meninggalkan mereka dan memilih untuk bersama PAS.

source:
http://milosuam.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan