Rabu, 9 Mac 2011

Beranikah Tan Sri Harussani Zakaria berhadapan dengan TGNA?


Begitulah pertanyaan orang ramai yang ternanti-nantikan jawapan yang hanya mampu dijawap oleh Harussani sendiri.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi kepada mufti Perak itu , bagi menyatakan hasratnya mahu berjumpa bagi merungkai perselisihan pendapat antara mereka.

Surat itu juga antara lain menuntut Harussani menjelaskan tulisannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Harussani perlu menunaikan hasrat murni Nik Aziz itu sekiranya beliau benar-benar ikhlas dengan segala kenyataannya terhadap Nik Aziz selama ini.

Orang ramai mahu melihat antara dua tokoh ini siapakah yang benar-benar beriman dengan ayat Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. An-Nisa'(59).

Pertemuan dua tokoh ini adalah dialu-alukan dan sangat dinantikan oleh mereka yang cintakan kebenaran.

Sudah tiba masanya dua tokoh yang sering bercanggah pendapat berhubung isu agama ini bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Sehingga kini, belum ada apa-apa reaksi dari pihak Harussani.

"Semoga beliau memberikan respon," kata Nik Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan