Isnin, 7 Mac 2011

Hancurr..Kenyataan Tok Peti Yang Menghalalkan Kerja Umno..??

Kenyataan Pak Mufti Harussani yang menempelak TG Nik Aziz apabila Ulamak ini menyatakan bahawa pemilihan undi dan parti dalam Pilihanraya berhubungkait dengan islam,syurga dan neraka.

Maka melompatlah Pak Mufti dengan kenyataan TG Nik Aziz ini,lalu terpancullah kenyataan dari mulut Pak Mufti Asobiyyah ini yang politik tidak boleh dicampuradukkan dengan agama,syurga dan neraka pula adalah hak Allah.

Dengan kenyataan inilah menjadikan Pemimpin dan Penyokong Umno gembira lagi bersuka ria kerana mereka bebas melakukan fitnah,ugut,rasuah,penipuan,Hidangan Arak kepada orang asli dan hiburan maksiat untuk para pengundi di setiap PRK di negara ini semata-mata menyakini bahawa apa yang mereka lakukan bukan ada hubungkait dengan agama,maksudnya tiada dosa atau pahala..?? Fuhhh.....
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."-Al Baqarah 208
Sedangkan Allah telah menerangkan dalam ayat di atas bahawa setiap sesuatu yang manusia lakukan semasa hidupnya akan diperhitung oleh Allah di Yaumul Masyar kelak untuk deberikan ganjaran syurga atau seksaan Neraka.

Malah...sehingga mencabut bulu ketiak dan masuk tandas pun ada dalam islam,inikan pula memilih pemimpin untuk mendaulatkan Islam atau pemimpin yang Memperalatkan Islam.Sedangkan islam mengajar kita sebagai makmum dalam solat pun sekiranya kita tahu Imam itu Fasik (melakukan Dosa Besar) maka kita diwajibkan mufarakah (Keluar,dan tidak mengikut imam tersebut)

Inikan pula seorang pemimpin yang mampu membuat sistem dan undang-undang untuk diamal dan diikuti oleh jutaan manusia samada ke arah Al Quran atau mengikut telunjuk syaitan,maka sekiranya kita silap percaturan dalam memilih pemerintah ini,sudah pasti kita akan ditanya dan diazab oleh Allah disebabkan kejahilan dan kelalaian kita mengikut ulamak suk (Jahat) iaitu ulamak yang menjilat-jilat penguasa.
Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Umat ku akan
ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.”
Sahabat bertanya, ‘Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?
’ Nabi saw menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah : (1). Terlalu banyak
(ber)seronok, (2).Terlalu mewah, (3). Menghimpun harta sebanyak mungkin,(4). Tipu menipudalam merebut harta benda dunia, (5). Saling memarahi,(6). Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi.” (Riwayat Hakim)

Hancussss Umnoooo...!!

4 Komen:


Tanpa Nama berkata...
mufti haru-biru sana sini.mufti su'...
Tanpa Nama berkata...
mufti dh di penghujung usia..sok dier jwb ler kt saner..
lobai joram pergai.. berkata...
Org Melayu usah bangga dgn Islam baka..Allah dh bg amaran tentang golongan yg Murtad setelah mereka itu Islam..Murtad bukan dlm konteks Isytihar Keluar agama,ttp tuturkata,ijtihad perilaku yg menolak Islam sebagai pilihan dan memilih org2 Fasik dan Zalim sebagai pemimpin.. Sedang kelompok yg inginkan Islam diangkat telah dicerca dan ditohmah dgn pelbagai Fitnah dan adu domba..Yg ana sedih ialah yg paling ramai begini adalah org2 Melayu yg mengaku Melayu itu automatik Islam.. Mudahnya definisi Islam pd Mereka..Memang yg benar2 inginkan Islam itu sedikit bilangannya krn yg menolak mereka itu lbh ramai.. Krn apa? Krn Allah sendiri telah menyatakan bahawa org2 mengambil peringatan terhadap janji2 Allah itu memang hanya sedikit bilangannya..Ketika Rasulullah menyaksikan keseluruhan org2 Makkah memeluk Islam,baginda mengingatkan bahawa kelak akan berbondong-bondong umat keluar dari agama Ini..Mereka itu lah kebanyakan dari kita yg merasa Islam itu hanya dlm konteks Ibadah,ttp tuturkata dan akhlak spt Yahudi dan Nasara..Akidah Islam dgn mudah tercabut dek kata2 dan perilaku yg ditonjolkan sewaktu berkempen krn percaya bahawa Politik tiada kaitan dgn Syurga dan Neraka..Sesiapa yg percaya akan doktrin ini adalah kelompok yg terpedaya dgn Matlamat menghalalkan cara.. Inilah hasil perancangan sistematik agenda Kolonial yg dpt kita lihat kesannya sehingga kini..
Tanpa Nama berkata...
Gua sokong 200% peringatan drp Lobai Jorom..inilah puak-puak yg nabi kata warna kulit sama kita dan bahasa sama kita tapi menghayati Islam hanya ambil kulit saja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan