Isnin, 7 Mac 2011

Salam Manis Buat Kerdau Dan Merlimau!


Secara perbadi dan ikhlas..
teman tak rasa kecewa dengan kekalahan ini..

Kita tau bagaimana padangnya dibuat..
kita tahu bagaimana tiang golnya diubah..
kita tahu bagaimana pemain mereka ditambah..
dan kita tahu bagaimana pengadilnya dirasuah!

so? apa yang nak dikecewakan?
kalau pun nak kecewa adalah atas kegagalan kita hingga kini untuk mencari jalan menghancurkan peranan SPR yang jelas berat sebelah!

Teman yakin..
suatu hari nanti..
Walaupun mungkin diwaktu teman sudah tidak ada lagi bernafas di bumi Allah ini..
Perjuangan Islam ini akan berada di mercunya!
Perjuangan Islam ini akan berada di tempat yang sepatutnya!

Bukan sekadar hanya digunakan di Masjid/Surau..
Bukan sekadar digunakan di bulan Ramadhan..
Bukan sekadar digunakan apabila ada kematian..
Bukan sekadar digunakan apabila ada akad nikah..
Bukan sekadar digunakan apabila ada tahlil kenduri arwah..

Tetapi jauh daripada itu!

Kepada semua pejuang-pejuang PAS yang telah berhempas-pulas..
Bermandi peluh dan airmata..
teman yakin bukan sedikit airmata yang tumpah dalam usaha itu..
Namun yakinlah.. airmata itu akan menjadi saksi usaha kita dalam memperjuangkan Islam..
Moga airmata dan peluh itu akan membentengi kita daripada kedahsyatan seksa kubur dan keseksaan di akhirat!

Kepada calon-calon PAS yang berdua..
Terima Kasih kerana mempertaruhkan masa depan kalian kepada perjuangan ini..
Pastinya hidup kalian sudah tidak akan sama lagi selepas ini...
Pastinya puak-puak 'makhluk rimba' itu akan memastikan kalian dibatasi apa yang boleh..

Kepada Allah SWT akhirnya kita memohon pertolongan..
Dan kepadaNya jua kita akan kembali..

Salam buat Kerdau & Merlimau dari budakbalun@hulu selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan