Jumaat, 4 Mac 2011

Petronas UNTUNG lagik.. !!

Untung sebelum cukai Q3 Petronas melonjak kepada RM30.149 bilion
KUALA LUMPUR 2 Mac — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM30.149 bilion dalam tempoh suku ketiga berakhir 31 Disember 2010 berbanding RM20.528 bilion pada suku yang sama pada 2009.

Perolehan meningkat 12.4 peratus kepada RM60.041 bilion berbanding RM53.436 bilion sebelumnya berikutan jumlah serta harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2010, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM69.746 bilion berbanding RM51.733 bilion pada tempoh yang sama pada 2009.

Perolehan syarikat meningkat 15.8 peratus kepada RM175.586 bilion berbanding RM151.612 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, syarikat itu terus mencatat prestasi asas yang kukuh pada suku ketiga meskipun kos semakin meningkat dan impak pengukuhan ringgi berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).

"Prestasi keseluruhannya meningkat yang ditunjukkan menerusi peningkatan pulangan ke atas purata modal yang digunakan (ROACE) daripada 25 peratus kepada 28.2 peratus,” katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan syarikat di sini hari ini.

Jumlah aset meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding RM410.9 bilion sehingga 31 Mac 2010, terutamanya disumbangkan oleh keuntungan tunai daripada penawaran awam permulaan (IPO) PCGB dan MHB.

Jumlah hutang kepada nisbah jumlah aset berkurangan kepada 0.11 kali setakat 31 Disember 2010 berbanding 0.13 kali pada 31 Mac, 2010 hasil daripada pinjaman yang lebih rendah hasil pengukuhan ringgit serta jumlah aset yang lebih tinggi.

Shamsul Azhar berkata, Petronas akan membelanjakan RM50-RM55 bilion setahun dalam tempoh lima tahun untuk menggantikan aset yang sudah lama bagi meneruskan pertumbuhan mampan pada masa depan.

Beliau berkata, pada puratanya lebih 60 peratus medan pengeluaran utama minyak di Malaysia berusia 26 tahun.

"Perbelanjaan modal yang ketara diperlukan untuk mengekalkan integriti masa depan aset-aset lama ini,” katanya.

Sementara itu, Shamsul berkata, Petronas juga akan mengubah tahun kewangannya daripada Mac kepada Disember berkuat kuasa 1 April, 2011.

Beliau berkata perubahan tahun kewangan itu adalah sebahagian daripada transformasi semasa. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan