Politik pada hari ini perlukan acuan baharu untuk mendidik rakyat. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh parti-parti politik yang berwibawa. Kewibawaan itu seratus peratus bergantung kepada kepimpinan yang telah memastikan hala tuju masing-masing. Tidak perlulah dicampuradukkan dengan pelbagai hal lain yang tidak berkaitan dan boleh mencacatkan perjuangan.
BN mengemukakan Konsep 1 Malaysia. Slogan yang digunakan ialah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Pada peringkat awalnya, slogan ini menyentak perasaan rakyat. Namun, keseketikaan itu bertukar menjadi mala petaka kepada pemerintah. Bukti-bukti ditaburkan bagi mewajarkan tuduhan bahawa konsep itu diciplak dari Konsep One Israel. Apatah lagi pihak pemerintah mengupah APCO untuk membaiki imej kerajaan yang diburukkan oleh pelbagai salah laku yang tidak berupaya dibersihkan. Keadaan menjadi semakin parah apabila Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia digantung gara-gara menyamakan 1 Malaysia dengan 1 Israel dan Najib sendiri mengaku Konsep 1 Malaysia masih kabur pada pandangan rakyat. Yang paling menggelikan hati ialah Dr. M sendiri tidak faham hujung pangkal 1 Malaysia. Muhyiddin seolah-olah menolak konsep ini. Hanya media massa yang kelihatan beriya-iya mempromosikan Konsep 1 Malaysia di samping lencana dan baju T.
Usaha Najib akan gagal tanpa sokongan padu para pemimpin yang diangkatnya. Sementelahan pula rakyat memandang sebelah mata kepada begitu ramai yang dinaikkan melalui jawatan Senator. Mereka ini ada yang kalah dalam PRU Ke-12 dan langsung tidak bertanding dalam PRU berkenaan. Hal sedemikian hanya menyerlahkan ketidakmampuan Najib menguatkan dirinya melalui barisan kepimpinan.
Kepimpinan yang lemah akan diikuti dengan pelbagai tindakan yang tidak bijaksana. Antara perkara paling tidak bijaksana yang sekali gus menunjukkan kecetekan pemikiran kepimpinan Najib ialah pembelian peralatan pada harga yang jauh melebihi harga beli negara lain bagi item yang sama; pemberian kontrak melalui runding terus; pelaksanaan projek mi segera semasa pilihan raya; dan memancing undi melalui acara kerajaan.
Konsep langit terbuka mendedahkan pelbagai maklumat kepada orang ramai. Apabila sesuatu tindakan dilakukan oleh kerajaan, ada saja mereka yang rajin memantau akan menggali sumber rujukan yang beraneka dan sahih. Akibatnya kerajaan kena hentam kerana beli barang daripada yang dibayar oleh orang lain. Kerajaan pun bercakap tentang kecanggihan untuk membela diri. Jika ya sekali pun, untuk apa kecanggihan itu? Buat apa banyak sangat? Kita nak berlawan dengan siapa sehingga peralatan sebegitu canggih dipesan? Siapa nak serang kita? Persoalan-persoalan inilah yang tidak mampu dijelaskan dengan yakin oleh kerajaan. Maka timbullah tuduhan tentang ada pihak yang pungut komisyen daripada urusniaga itu. Perkara ini pernah disahkan oleh kerajaan. Rakyat mula berperasangka. Tidak mungkinkah lebihan daripada harga sebenar itu digunakan untuk membiayai pilihan raya? Kebenaran kenyataan ini disandarkan kepada belanja mewah BN setiap kali pilihan raya. Salahkah jika persepsi rakyat begitu?
Banyak kontrak projek mega diberi secara runding terus. Alasannya syarikat itu yang paling awal mengemukakan cadangan. Pulak dah! Selidik punya selidik, syarikat yang dapat kontrak itu ialah kroni BN. Dalam banyak kes, kontrak yang diberikan kepada kroni itu tidak berasaskan merit. Ada di antaranya tidak memiliki kepakaran dalam projek yang diberikan. Pakar buat jalan kereta api diberi projek buat kenderaan tentera. Bolehkah rakyat dipersalahkan jika menganggap kerajaan tidak telus? Projek mega diberikan kepada kroni sebab kerajaan atau individu tertentu boleh tumpang semangkuk. Demikianlah merebaknya rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa dalam sektor awam dan pentadbiran kerajaan.
Nazri kata projek mi segera bukan rasuah. Itu ialah janji dalam manifesto yang ditunaikan. Persoalannya mengapa tunai janji semasa berkempen? Mengapa kawasan itu sahaja yang dibantu? Lantaran itu, TI-Malaysia kata projek sedemikian tergolong dalam rasuah. Kalau rasuah, mengapa SPRM tidak bertindak? Mengapa SPR tidak berbuat sesuatu bagi menghentikannya? Salahkah rakyat menuduh SPR dan SPRM menjadi barua BN?
Tidak cukup dengan itu, kerajaan menggunakan majlis-majlis rasmi untuk memnacing undi. Propaganda tentang kebaikan kerajaan dicanang secara berleluasa dalam majlis-majlis itu. Bercakaplah pemimpin tentang serba-serbi baik. Mereka sahajalah yang boleh. Pakatan Rakyat (PR) yang dapat kumpul duit melalui penjimatan memulangkan wang itu kepada rakyat dikatakan tidak tunai janji. PR yang dapat pelaburan teknologi tinggi bernilai puluhan bilion ringgit dituduh memusnahkan negeri. PR yang kutip hasil balak meningkat setiap tahun dikatakan menipu rakyat. PR yang berjaya mendidik rakyat menjauhkan judi hendak disaman oleh MCA kerana dikatakan menyekat kebebasan rakyat bukan beragama Islam.
Sudah berapa lama hal-hal ini berlaku? Lebih daripada setengah abad. Tiada satu pun yang berubah. Sesiapa juga yang jadi PM atau menteri dari BN tidak perlu memerah otak untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. Inilah yang dikatakan politik kuno di Malaysia itu. Politik yang menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Mereka hanya pandai memperalatkan kekayaan negara untuk terus berkuasaan membuncitkan perut sendiri serta kroni. Serah duit rakyat kepada rakyat didakwa mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi. Membazirkan wang rakyat dengan membina projek sakit seperti stadium runtuh, PKFZ, PERWAJA, dan sebagainya tidak dianggap sebagai perbuatan khianat. Memasukkan "hantu" Cina dan India sebagai pengundi dalam rumah ibu tunggal demi memenangi pilihan raya pun tidak dianggap berdosa. Tentulah tiada hal dengan "Lu garu belakang gua, gua garu belakang lu".
Mengapa kekunoan ini mampu hidup selama itu? Tentulah kerana rakyat tidak ambil pusing. Mengapa rakyat tidak ambil pusing? Pemikiran mereka, khasnya di luar bandar dan pedalaman masih tertutup. Siapa yang menutupnya? Kemudahan asas. Ketiadaan kemudahan asas tidak membolehkan mereka mendapat maklumat yang pelbagai untuk mencerna pemikiran kritis. Mereka hanya menerima maklumat satu hala dari radio, tv, dan akhbar pengampu kerajaan. Bilakah kekunoan ini akan berakhir? Apabila penduduk luar bandar dan pedalaman menyanggah tutur kata pemimpin BN.
Apabila penduduk bandar dan pinggir bandar berani menyatakan penentangan mereka terhadap kerajaan secara terbuka. Apabila pemimpin kerajaan berhenti menyerang pembangkang dan pembangkang pun berhenti menyerang kerajaan. Kedua-duanya berani bersemuka dan berdebat di pentas untuk membolehkan rakyat menilai pihak mana yang lebih berwibawa. Hanya dengan cara itu semua perlakuan negatif akan sirna untuk memberi laluan kepada kewujudan pemimpin yang berkualiti, berkredibiliti, dan berintegriti di Malaysia. Pemimpin bodoh akan terjun ke longkang!!!
Drs. Harun Jaafar, http://bilahrotan.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan