Jumaat, 27 Mei 2011

Utusan Malaysia akan hilang di dunia jika........

Oleh Mummy Rokiah

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata “Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia”.

Mungkin jika ditafsirkan dalam lain perkataan, “membujur lalu melintang patah namun Utusan ku pertahan jua”.

Katanya, ketika pembangunan negara ini masih merangkak wartawan Utusan Malaysia atau Utusan Melayu ketika itu menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita dengan menggunakan mesin taip.

Pengorbanan sebegini tidak terdapat dalam akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup bergolok-bergadai seperti akhbar Utusan.

Justru itu kata beliau rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Apa juga saranan, semangat dan nostalgia yang berkobar-bokar semua itu tidak akan menjamin ‘survival’ Utusan untuk terus hidup di muka bumi Melayu ini.

Utusan akan berkubur jika Melayu sudah tidak membaca Utusan dan Melayu tidak lagi mahu berkorban RM1.50 untuk membeli Utusan Malaysia.

Jika Utusan tidak lagi dibaca, ’ciruclation’ Utusan akan menjunam dan apabila ‘circulation’ Utusan menjunam pengiklan-pengiklan tidak akan lagi menempah iklan dalam Utusan.

Dalam ledakkan informasi sejagat Utusan harus boleh bersaing dan Utusan sudah terbukti meredah dari zaman ‘taipwritter’ kepada zaman ‘laptop’ tetapi Utusan harus ingat bahawa persaing-pesaing mereka juga bukan calang-calang pemain seperti The Star.

Ramai di kalangan elit Melayu sendiri membaca akhbar ‘The Star’ daripada membaca Utusan mungkin kerana takut dilihat kolot dan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Apa pun Utusan sentiasa dilihat akhbar perasaan Melayu, jiwa Melayu dan darah Melayu sebab itu buku ‘Mei 13 Sebelum dan Selepas’ hasil tulisan YTM Tunku Abdul Rahman diterbitkan oleh Utusan Melayu tetapi sebaik YTM Tunku Abdul Rahman bersara dari Perdana Menteri beliau telah dipinggirkan dan The Star menjadi pilihan beliau untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Kerajaan melalui ruangan ‘Looking Back’ dan ‘As I See It’ malah Tunku dilantik menjadi Pengerusi akhbar The Star.

Konklusinya untuk hidup seribu tahun lagi orang Melayu mesti membeli Utusan RM1.50, “Satu Melayu Satu Utusan” tidak cukup berkokok berdegar-degar tetapi membaca akhbar lain.

Seperti kata kumpulan Sepah Maharaja Lawak “KATA HANG TUAH, TAK MELAYU HILANG DI DUNIA TETAPI HANG TUAH SENDIRI HILANG ENTAH KE MANA”.
http://mummyrokiah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan