Salam perjuangan..
Suasana pemilihan PAS pada kali ini sebenarnya dilihat oleh banyak pihak. Pelbagai pandangan dilontarkan, sama ada ianya dari pihak PAS sendiri, atau UMNO yang menjadi saingan tradisi atau mereka yang ingin melihat PAS bangkit sebagai sebuah Parti Islam (Jamaah) yang mampu menggantikan UMNO yang semakin hari semakin rosak (akidah dan akhlak). Semenjak dari beberapa bulan yang lepas, telah banyak cakap-cakap yang disampaikan kepada aku, ada yang memberi pandangan "kita perlu pertahankan kepimpinan ulama". Ada juga yang berkata "perlantikan individu tertentu akan memadamkan terus usaha perlaksanaan UG".
Sebentar tadi aku baru sahaja menghubungi seorang sahabat bagi berbincang dengan beliau untuk menubuhkan PAS cawangan seperti yang diarahkan oleh YDP. Belum sempat aku nak sampaikan hasrat tersebut, sahabat tersebut tersebut terus sahaja menyatakan kebimbangan beliau, yang tak perlu rasanya untuk aku nyatakan disini. Aku memahami apa yang beliau pendamkan, kerana suatu ketika dahulu aku pun sefikiran sebegitu. Namun, suasana dan keadaan semasa perlu diambil kira bagi memastikan mulut-mulut jahat UMNO tidak lagi memecah belahkan kesatuan Jamaah. Oleh yang demikian, kesimpulan yang dapat aku nyatakan disini ialah:
1. Utusan Malaysia dan sewaktu denganya (baca media APCO) sebenarnya tidak mampu mempengaruhi minda perwakilan untuk pemilihan yang dianggap genting ini.
2. Kewujudan suara yang kuat agar 'sekam-sekam' UG segera dipadamkan bagi menumpukan perhatian mengalahkan UMNO/BN pada pilihanraya ke-13 nanti.
3. Konsep 'kepimpinan ulama' tidak akan terhakis dengan pemilihan ini, sekalipun presiden PAS sendiri dari kalangan profesional. Ini adalah kerana kepimpinan ulama sebenarnya telah terpelihara dengan adanya 'Majlis Syura' yang menjadi penaung tertinggi keputusan halatuju parti. Namun begitu, apa yang perlu difahami sekarang ialah sehingga kini hanya 'ulama' (merujuk suasana Jamaah PAS) yang mampu untuk mewujudkan 'wehdatul fikh' dan wehdatul amal', maka penting bagi kita memeliharanya.
4. Tidak kira siapa pemimpin itu (ulama, profesional atau aktivis), paling penting sekarang ialah memastikan PAS sentiasa berada di orbit perjuangan dan fokus untuk mengambil alih peranan UMNO yang dilihat tidak lagi mampu membela umat Islam dan orang-orang Melayu.
5. Suara-suara yang memburukan sesama sendiri tidak lain, hanya merugikan jamaah. Perlu difahami bahawa pemilihan di dalam PAS akan sentiasa ada pada masa-masa akan datang. Apa yang penting sekarang ialah perlulah bekerja sepenuh kudrat (sebagaimana ucapan Presiden) bagi memastikan UMNO/BN tumbang pada pilihanraya akan datang.
Pada hujung pandangan ini, aku yakin sebenarnya Abg Mat (Mohamad Sabu) sebenarnya tidak pun ingin memegang jawatan Timbalan Presiden apatah lagi bakal dinobatkan sebagai orang no.1 parti, sekiranya berlaku sesuatu pada Presiden. Tetapi, beliau akan menyerahkan semula jawatan ini sekiranya..
fokus menumbangkan UMNO/BN berjaya dilaksanakan!
Percayalah!
p/s: Kesempatan ini, aku ingin ucapkan jutaan tahniah dan takziah kepada seluruh kepimpinan PAS yang telah dipilih, terutamanya kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang aku sayangi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan