Rabu, 15 Jun 2011

UMNO/APCO TERUS GAGAL PIKAT PAS

UMNO/APCO lupa terhadap kezaliman yang mereka telah lakukan berdekad lamanya terhadap PAS malah mereka terus melakukannya sehingga kini.

"Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu, sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu ingkar sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66)

Apa yang berlaku kini adalah hasil dari perbuatan-perbuatan melampau UMNO sendiri. PAS setidak-tidaknya telah berjaya mengubah DAP menjadi sebuah parti yang sederhana. Jika sebelum ini DAP benar-benar parti yang hanya disertai kaum Cina dan tiada Melayu yang mendekatinya, tetapi DAP hari ini telah menjadi sebuah parti yang lebih terbuka dan demokratik hasil dari kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.

Setiap kali pilihan raya kecil yang ditandingi oleh PAS, rakan-rakan dari DAP & PKR akan turut serta untuk bersama sepanjang masa menolong dengan penuh semangat dan keikhlasan sehingga PAS dan DAP berjaya untuk sentiasa bekerjasama bahu-membahu menggalas perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

PAS tidak akan bersama BN lagi. Dan PAS tidak bersendirian lagi. PAS juga tidak akan terperosok ke dalam lubang biawak dua kali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut terhadap celaan dari orang yang suka mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) Lagi Maha Mengetahui"(al-Maidah : 54).

Terima kasih kepada Zul Kulim yang meyakini PAS tidak akan bersama UMNO/APCO lagi dan terima kasih juga kerana menasihatkan UMNO/APCO supaya mencari alternatif kepada ketidakmahuan PAS itu.
Terima kasih juga diucapkan kepada para pemimpin UMNO/APCO, semua media kawalan mereka, semua pencacai mereka, dan sesiapa saja yang dengan rela hati memberi khidmat percuma untuk mempromosikan PAS telah meninggalkan Islam sebagai dasar perjuangan. Hal ini sebenarnya lebih memudahkan ahli-ahli PAS berhadapan dengan para pengundi untuk menterbalikkan fitnah jahat UMNO/APCO itu. Parti kebangsaan yang sekular itu sengaja memerangkap diri sendiri melalui pemikiran sempit yang sekali gus menyerlahkan kebebalan tahap tertinggi. Dalam keadaan ekonomi yang sukar ketika ini, tiada sesiapa pun yang akan memberikan sesuatu yang amat berharga secara percuma.
http://bilahrotan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan