Selasa, 19 Julai 2011

Gambar Ini Yang Akan Didedah Oleh Polis? Kantoi Bro..


Polis minta rakyat bekerjasama untuk pendedahan mengenai gambaran BERSIH yang berlaku tempoh hari dan manakah yang diperkatakan oleh polis mengenai video dan gambar yang akan didedahkan kepada media dan mengapa polis minta dari rakyat? Adakah polis tidak mempunyai bukti yang sebenar?

Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa berlaku kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

Cuba lihat dalam gambar di atas, adakah polis bertindak lembut dengan membawa senjata api ke perhimpunan BERSIH. Untuk apa polis bertindak demikian? Adakah polis sudah seperti penjenayah. Jika ini bukti yang diperkatakan oleh polis bertindak lembut, adakah ini situasi di luar negara?

Jika polis masih terus menipu rakyat, kemungkinan besar banyak lagi pendedahan yang akan dibongkar oleh rakyat. Bagi yang mempunyai bukti-bukti, usahlah terpedaya dengan pihak polis bagi menyerahkan bukti video dan gambar. Sebarkan sahaja untuk menjelaskan kepada rakyat.

Ayat-ayat yang cuba dikencing oleh polis walhal sudah terbukti video dan gambar tentang kezaliman polis

Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar. Sehubungan itu, polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat dakwaan berlaku kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut.

Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan polis telah panggil beberapa saksi untuk siasat tohmahan itu. Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin, Pudu. - Timb. Ketua Polis Negara
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan