Selasa, 20 September 2011

PAS rai ulang tahun ke-60 hujung bulan ini



  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 24 November 2011 bakal meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 parti berkenaan selama dua hari bermula pada 30 September ini.

    Perayaan gilang gemilang itu akan diadakan di Dewan Melenium, Kepala Batas, Pulau Pinang memandangkan negeri berkenaan pernah menyaksikan proses awal penubuhan PAS.

    Pagi Sabtu

    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualkan menyampaikan ucapan tama di majlis keraian tersebut pada hari Sabtu.

    Sambutan enam dekad ini khabarnya bertambah menarik kerana bakal mendedahkan pengkisahan sejarah jatuh bangun PAS di persada politik tanah air.

    Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kemudiannya bakal membentangkan kertas kerja Pemikiran Dr Burhanuddin Helmi & Zulkifli Mohamad Dalam Pembentukan Gagasan Perjuangan PAS.

    Haji Subki Latif yang sangat mendalam pengetahuannya mendalam mengenai PAS turut menyumbang kertas kerja berjudul Peranan & Sumbangan PAS Dalam Peta Politik Negara Sesudah 1969 Hingga Masakini.

    Prof Amerities Dato Bakar Hamid akan membentangkan kertas kerja ketiga, iaitu Masa Depan PAS dalam Perjuangan Islam & Kesejerahteraan Bangsa.

    Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan ucapan perasmian penutup.

    Malam Sabtu
    Satu rapat umum perdana diadakan. Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai moderator forum. Panel yang hadir antaranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang).

    Nik Aziz dan Abdul Hadi turut dijadualkan turut serta dalam rapat umum perdana tersebut sebagaimana dimaklumkan dalam portal rasmi penganjur, http://www.sambutan.com.my/

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan