PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.
Ketua Penerangannya Shuhaimi Shafiei (duduk, dua dari kiri) berkata peruntukan tersebut sepatutnya disalurkan kepada petani bagi meningkatkan hasil padi mereka.
"Kita minta Datuk Seri Noh Omar kena jawab (perkara ini), bagaimana peruntukan diagihkan kepada petani-petani kecil.
"Mereka yang berjaya meningkatkan hasil padi, melepasi sasaran tidak diberikan inisiatif ini sehingga dilaporkan dalam Laporan Audit Negara," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda menyifatkan ia sebagai "satu kegagalan" Noh, kementeriannya dan Umno Selangor untuk menguruskan peruntukan yang hendak diberikan petani.
Sementara itu, Shuhaimi turut membangkitkan aduan seorang peniaga yang mendakwa tidak dibenarkan meniaga pada tarikh tertentu kerana tidak hadir ke sebuah program Noh di Shah Alam pada September lalu.
"Kalau tidak dibenarkan berniaga, di mana mereka nak cari nafkah dan pendapatan untuk menyara keluarga," katanya sambil memberitahu peniaga itu seorang ibu tunggal.
Sehubungan itu, pihaknya memberi tempoh sehingga 30 Oktober ini kepada agensi yang mengeluarkan larangan itu untuk menarik balik larangan.
Beliau mendakwa, jika tidak, jelas menunjukkan bahawa Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri merupakan "kepala segala kezaliman" kepada peniaga kecil di Selangor.
Shuhaimi enggan mendedahkan identiti peniaga kecil dan agensi yang terlibat melarangnya buat masa ini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan