Selasa, 25 Oktober 2011

SYABAS JANGAN AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KEBAIKAN RAKYAT SELANGOR

Saya menyokong tindakan MB Selangor melantik dua firma audit untuk menyiasat kewangan SYABAS.

Tindakan SYABAS seminggu dua ini cukup-cukup melampau. Begitu beriye-iye SYABAS menyokong projek Langat 2 sehingga sanggup berbohong dan menipu.

SYABAS berkata sekiranya projek Langat 2 tidak siap, maka Selangor akan menghadapi krisis air pada 2014.

Padahal, mengikut kenyataan Lembaga Urusan Air Selangor, LUAS, bekalan air mentah di Selangor berada dalam keadaan normal dan tidak terjejas.

Soalnya sekarang, mengapa SYABAS sanggup menipu sebegitu sekali?

Adakah kerana SYABAS sudah kehabisan wang dan terpaksa bergantung kepada projek LAngat 2 untuk bekalan wang yang baru?

Apakah dgn gaji Pengerusi SYABAS sebanyak RM5 juta setahun, maka SYABAS boleh dikategorikan sebagai sebuah syarikat yang berhemah di dalam menjaga kewangan mereka?

Pada saya, adalah satu tindakan yang terbaik bagi kerajaan Negeri Selangor mengaudit SYABAS dan mendedahkan hasil audit kepada umum.

Sudah tiba masanya syarikat2 seperti SYABAS berhenti mengambil kesempatan ke atas rakyat Selangor.

Syukur kerana rakyat Selangor mempunyai kerajaan yang memihak kepada rakyat bukan kepada syarikat-syarikat korporat yang hanya mahu membuat keuntungan di atas kesusahan rakyat.

PENGUNDI DI SELANGOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan