UTUSAN pada 5 Feb lalu melaporkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion untuk membina 6 buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh TUDM.
Ini bermakna harga purata bagi sebuah kapal peronda tersebut adalah RM1 bilion. Rujuk keratan laporan Utusan di bawah [Utusan].
Dalam hal pembelian enam Kapal Peronda ini, pada awalnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan sejumlah RM6 Billion diperuntukkan untuk pembinaan kapal tersebut.
Tetapi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd dilaporkan oleh The Edge, telah menerima ‘Letter of Award’ dari Kementerian Pertahanan bernilai RM9 Billion [The Edge].
Kenapa ada lebihan RM3 Bilion? Komisyen untuk siapa pula?
Kita tunggu model negara mana pula akan dibunuh di dalam hutan Puncak Alam. Kita tunggu siapa pula yang akan bersumpah di masjid untuk menafikan bahawa dia terlibat membunuh si mati. Seperti biasa duit rakyat dibantai sesuka hati, rakyat pula ditipu bulat-bulat oleh pemimpin yang berpura-pura telus dan amanah. Nantikan juga alasan-alasan teknikal dan bahasa-bahasa pelik diguna untuk menipu orang kampung ayam itek lembu dan kambeng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan