KUALA LUMPUR, Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu.Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan.
Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA.
Tambahnya, Aziz Bari bukan sahaja berhadapan dengan musuh di luar, bahkan dalam keluarga sendiri sedangkan beliau diiktiraf oleh seluruh masyarakat dengan kepakaran bidangnya dalam perlembagaan dan undang-undang.
"Keputusan sudah dibuat oleh Prof Aziz, kita hanya mampu bersedih dan terasa kehilangan beliau,” katanya.Namun, ujarnya masyarakat tetap dan sentiasa bersedia untuk mendengar respons dan pandangan Dr Aziz terhadap apa yang berlaku dalam negara khususnya berkaitan dengan perlembagaan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan