Jumaat, 27 Januari 2012

Kali pertama Bajet Kedah mencecah RM1 billion

ALOR SETAR – Menjadi sejarah dalam pentadbiran negeri Kedah apabila kerajaan negeri membentangkan belanjawan melebihi RM1 bilion dalam Bajet 2012 yang diumumkan pada November lalu.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, peningkatan perbelanjaan ini adalah berikutan peningkatan hasil yang diperolehi kerajaan negeri serta amalan belanja berhemah.

“Dalam sejarah Kedah tak pernah bincang belanjawan melebihi RM1 billion, tapi tahun ini kita telah ada peruntukan tersebut, padahal Kedah hanya bergantung pada pertanian, tak macam negeri-negeri industri lain, saya berharap tahun depan kita akan tingkatkan lagi belanjawan kita.

"Walaupun pendapatan kita terhad, tetapi kita pandai berbelanja kewangan kita, kita belanja ikut yang perlu, saya yakin kita berada dalam keadaan yang selesa, tetapi kalau kita ada pendapatan lumayan, tetapi belanja wang ikut suka hati, tak ikut peraturan, maka kita akan hadapi kesulitan dan rakyat juga merasainya,” jelas beliau pada majlis sumbangan Tahun Baru Cina 2012, di sini.

Tambah beliau, peningkatan bantuan kepada tiga sekolah persendirian Cina bagi tahun 2012 adalah atas dasar keprihatinan kerajaan kepada pembangunan pendidikan, bukannya untuk memikat hati mahupun kempen pilihanraya.

“Tahun ini kita tingkatkan bantuan kepada tiga sekolah persendirian Cina, dan InsyaAllah jika kita punyai lebihan kewangan hasil daripada belanja berhemah, kita akan tambah.

“Bantuan ini adalah bertujuan membantu pembangunan pendidikan rakyat, bukannya untuk menagih kempen pilihanraya,” ujar beliau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan