Jumaat, 27 Januari 2012

PANAS!! Ghani Othman jual ekuiti orang Melayu kepada Yahudi?



Entah apa yang telah merasuki pemikiran Menteri Besar Johor sehingga sanggup mengadai hak bumiputera kepada bangsa asing apatah lagi bangsa yang memang dicurigai oleh umat Islam yakni ‘Yahudi’.

Dalam kenyataan akhbar 4 Januari yang lalu, ternyata secara umunya Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman juga selaku pengerusi Johor Corporation (JCorp) seperti membuang tabiat ingin menjual sebahagian besar saham QSR Brands dan KFC Holdings (KFCH) yakni anak syarikat JCorp kepada sebuah syarikat yang mendapat sokongan kuat Yahudi.

Dengan beralasan untuk melunaskan hutang, Abdul Ghani seperti rasa tidak bersalah telah mengadaikan sebanyak empat puluh sembilan peratus saham bumiputera JCorp kepada bangsa asing.

Seperti perancangan yang terancang, saham tersebut dijual kepada sebuah syarikat bernama CVC Capital Partners yang ditubuhkan di London pada tahun 1981.

Syarikat tersebut dipercayai adalah sebuah syarikat milik Yahudi.

Apakah Abdul Ghani sengaja mencabar kredibiliti bumiputera dengan menjual saham JCorp kepada golongan Yahudi tidak kepada golongan sasaran bumiputera?

Memang ternyata Abdul Ghani sudah hilang arah haluan dalam menangani isu permasalahan hutang JCorp.

Penjualan ini secara langsung menghilangkan penguasaan bumiputera dalam saham anak syarikat tersebut.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, lebihan saham sebanyak lima puluh satu peratus milik JCorp (selepas penjualan empat puluh sembilan peratus saham kepada CVC) kebarangkalian juga akan terjual.

Ini kerana hutang yang dibebani oleh JCorp masih belum terlunas dengan penjualan harga saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu.

Perkara ini dikhuatiri akan meruntuhkan dan secara langsung melenyapkan terus suara bumiputera di dalam syarikat QSR dan KFCH.
Permasalahan yang pasti timbul adalah berkenaan status ‘halal’ ke atas restoran serta produk yang dikeluarkan oleh QSR dan KFCH.

Sebelum ini, status halal ke atas restoran KFC boleh dipertimbangkan dengan positif kerana selain dari pemiliknya adalah orang Islam (JCorp), pembekal-pembekal yang dilantik membekal ayam sembelihan adalah dari golongan pembekal yang beragama Islam.

Tetapi jika perkara penjualan saham JCorp pada bulan April ini berjaya dilakukan, maka status halal di restoran serta produk QSR dan KFCH pasti diragui.

Perkara inilah yang membimbangkan seluruh pengemar-pengemar makanan segera seperti produk KFC, Ayamas dan Rasamas.

Saham kedua-dua anak syarikat JCorp ini perlu diselamatkan bagi memastikan penggunaan status halal dalam produk QSR dan KFCH terjamin serta menyelamatkan secara langsung saham milik bumiputera di bawah seliaan JCorp.

Maklumat ini harus disedari oleh semua lapisan masyarakat khususnya orang melayu yang beragama Islam selaku pelanggan majoriti ke restoran KFC serta pembeli majoriti produk Ayamas dan Rasamas.

Ternyata Abdul Ghani sudah mula merasakan dirinya diancam.

Kegagalan menangani isu permasalahan hutang JCorp memang secara terang mencacat dan mengudiskan kredibilitinya sebagai seorang pengerusi sebuah syarikat dan juga Menteri Besar Johor.

Mengapa saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu tidak dijualkan kepada syarikat mega bumiputera yang lain seperti saranan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)?

Presiden DPPM Syed Ali Alattas berpendapat pihaknya bersedia menjemput FELDA dan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi membincangkan mengenai pembelian saham JCorp tersebut demi menyelamatkan hak bumiputera dari jatuh ke tangan ‘yahudi’.

Jelas dan nyata, semangat cintakan bangsa yang diwar-warkan serta digembar-gemburkan hanyalah mainan politik semata dan ia tidak dijadikan sebagai manifestasi bagi menyelamatkan hak orang melayu.

Usah mengaku sebagai ‘pejuang bangsa’ jika bangsa sendiri hendak dibunuh haknya.

Memang sudah lama pembohongan ini dilakukan namun kali ini ‘agenda tersembunyi’ mereka seperti jelas kelihatan.

Kurap jika disembunyikan masih tetap berbau busuk.

Begitulah pesan orang-orang tua dahulu.

Ternyata tanggungjawab mempertahankan bangsa ini bukan terletak kepada sebahagian golongan sahaja malah tanggungjawab ini harus disedari oleh seluruh masyarakat.

Ternyata Abdul Ghani serta partinya tidak lagi berjaya mengendalikan negeri Johor dan Malaysia ini dengan baik sehingga sanggup mengadaikan hak bumiputera kepada yahudi. Bangsa melayu harus sedar akan ketelanjuran ini.

Jangan sudah tergadai baru hendak mengasah parang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan