Isnin, 16 Mei 2011

Mari kita hancurkan anak Melayu, biaq padan muka Perkasa

Oleh: Orang UMNO TulenPerkasa sedang sibuk buat repot polis sana sini isu Kristian nak dijadikan agama rasmi di negara ini. Ketua Paderi dah buat penafian, tapi awas jangan pecaya ketua paderi tu, takkan kita nak percaya cakap orang kafir. Kita kena percaya kat Utusan Malaysia dan TV3, tu sumber maklumat sahih.Biar kita jadikan Perkasa lembu tunggangan kita untuk melatah sana sini. UMNO tak buleh ke depan sangat sebab nanti MCA dan Gerakan lari jadi kita biarkan Perkasa dan NGO Melayu lain main peranan. Dalam melaungkan perjuangan Melayu macam mana pun, kita kena jaga hati MCA, Gerakan dan MIC sebab depa adalah rakan kongsi (rakan songlap) kita.Ada orang tanya macam mana orang Kristian yang minoriti tu nak jadikan Kristian agama rasmi dan lantik Perdana Menteri dari orang Kristian? Kerusi parlimen yang orang Kristian bertanding mana cukup majoriti nak tubuh kerajaan? Takkan Jeff Oi nak jadi PM, dia tu Buddha bukan Kristian? Dalam DAP sendiri ramai orang Buddha dari Kristian? Ramai MP Kristian dalam BN bukan PR. Kristian dalam BN. PAS, PKR dan DAP dah tegaskan dalam Buku Jingga mahu Islam kekal sebagai Agama Rasmi, jadi siapa sebenarnya yang nak jadikan Kristian agama rasmi?Payahlah hangpa ni jenis banyak tanya. Macam mana depa nak jayakan agenda tu kita tak payah ambik tau. Memanglah tak logik tapi kita kena bakag semangat Melayu suruh benci Kristian, toksah kiralah logic tak logic.Hangpa tau apa ancaman kuasa UMNO sekarang ni? Pertama bukan Melayu, khususnya orang Cina dah cabut lari. Kedua golongan muda, mana ada orang muda nak sokong parti tua macam kita. Takdak parti politik dalam dunia ni boleh berkuasa tara tu punya lama macam UMNO. Hayat kita sebenaqnya dah di penghujung.Sebab tu kita kena tukaq strategi. Sebelum orang muda sokong PR, kita hancurkan akhlak golongan muda dulu. Kita anjurkan program yang boleh menghancurkan mereka. Tahniah diucapkan pada Syed Sobri ADUN Kuala Nerang yang berdampingan dengan sahabat baiknya, bakal calon Bukit Lada Haris Che Mat, menganjurkan program BATTLE OF THE BAND di Padang Terap. Program macam nilah kita perlu perbanyakkan.Biaq hancur lingkop anak muda Melayu. Blog-blog UMNO semua kena siarkan video lucah pelakon lelaki Siam yang mukanya mirip Anwar tu banyak-banyak. Biar anak muda Melayu hancur akhlak mereka dengan video macam tu. Lagi bertambah kes rogol dan zina, lagi untung politik politik UMNO sebab manusia kalau dah jadi kaki maksiat mana mau dah kat Islam, perjuangan Islam atau parti Islam.

Ingat UMNO, kalau rasa nak menang lagi kena banyakkan program menghancurkan akhlak anak-anak muda Melayu. Kalau anak Melayu rosak kita UMNO tak rugi, yang rugi Perkasa.. padan muka depa.

Nota: foto2 di atas adalah program Battle Of The Band anjuran juak-juak UMNO.

AWAT SAMPAI JADI GINI

11 imam dibunuh kejam


BREGA - Kekejaman kuasa Barat terbukti apabila sekurang-kurangnya 11 orang imam dibunuh semasa sedang tidur dalam satu serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di bandar Brega, Libya, kelmarin.

Jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim berkata, kesemua imam yang terbunuh adalah sebahagian daripada kumpulan imam-imam Libya yang berkumpul di bandar itu untuk menunaikan solat meminta keamanan di negara yang sedang bergolak itu.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila dibunuh dalam serangan ganas Nato yang menyasarkan tempat awam dan bukannya kemudahan tentera seperti yang didakwa sebelum ini.

Kesemua mereka selamat dikebumikan di Brega, semalam.

Selain itu, 50 orang awam yang lain turut cedera dalam serangan Nato itu yang jelas disasarkan ke rumah tumpangan yang menjadi tempat penginapan kumpulan imam tersebut.
Menurut pegawai perubatan, jumlah kematian dijangka meningkat kerana mangsa yang cedera parah dalam serangan itu berada dalam keadaan kritikal.

Nato mengakui melancarkan serangan di Brega, bandar yang terletak kira-kira 800 kilometer di timur Tripoli tetapi tanpa rasa bersalah menegaskan kononnya rumah tumpangan itu adalah pusat kawalan dan arahan.

“Kami sedar terdapat dakwaan ada orang awam terbunuh dalam serangan ini. Kami kesal sebarang kehilangan nyawa jika benar apa yang didakwa,” menurut Nato.

Nato sejak akhir-akhir ini mempertingkatkan serangan udara di beberapa kawasan di Libya yang didakwa sebagai pusat ketenteraan Gaddafi, termasuk serangan di kediamannya di Tripoli.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu mencabuli mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang hanya membenarkan zon larangan terbang diwujudkan kononnya untuk melindungi rakyat Libya daripada serangan tentera Gaddafi

Lagi Kes Polis Tembak Mati Remaja

Keluarga gesa siasatan bebas kematian remaja ditembak polis

Sivarasa menunjukkan salinan laporan polis dengan ditemani nenek Johari Abu Bakar, Jamilah (kiri) dan ibunya Salmah (tiga dari kanan). — Foto oleh Choo Choy May

PETALING JAYA — Keluarga Johari Abu Bakar menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas berhubung kematian seorang remaja berusia 17 tahun itu, memandangkan polis memberi maklumat tidak konsisten berhubung kejadian dia ditembak kelmarin.
Keluarganya juga akan memfailkan petisyen di mahkamah esok, menuntut bedah siasat kedua dijalankan ke atas Johari ekoran tanda-tanda yang meragukan pada jenazahnya termasuk lenggan kanan patah.

Johari, seorang pekerja rencam, terbunuh dalam kejadian ditembak polis di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin.



Laporan media semalam memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata, Johari yang dikehendaki polis maut ditembak selepas merempuh kereta polis.

Suspek turut dikatakan melepaskan satu das tembakan sebaik menyedari kehadiran polis dalam kejadian pada pukul 10.15 malam.

Dia yang bersembunyi di sebuah hotel dilihat turun melalui pintu belakang sebelum memasuki kereta jenis Alphard.

Tindakannya cuba melawan anggota polis ketika dikepung membawa padah apabila dia ditembak mati.

Katanya, suspek diintip sepasukan polis sejak pukul 5.30 petang kelmarin dan mendapati kereta yang diletakkan di belakang hotel itu dilaporkan hilang dalam kes samun bersenjata api di Taman Megah, Kelana Jaya, 2 Mei lalu.

Laporan lain menyebut kereta itu dikatakan dicuri di Kelana Jaya 10 Mei lalu.

“Sebaik memasuki keretanya, dua kereta polis mengepung kereta suspek dari arah depan dan belakang.

“Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ketika diminta keluar oleh polis apabila merempuh kereta polis. Malah, dia turut melepaskan tembakan,” katanya.

“Suspek maut di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Polis turut menemui peluru dalam kereta berkenaan,” kata Tun Hisan.

Tun Hisan berkata, suspek menyewa dua bilik hotel sejak 9 Mei lalu dan polis percaya dia tidak bersendirian.

Bagaimanapun ibu Johari, Salmah Mohamed Shariff menegaskan bahawa anaknya bukan seorang penjenayah dan tidak pernah memiliki sebarang senjata.

“Dia seorang budak yang baik dan sentiasa menurut kata. Saya enggan percaya bahawa dia miliki senjata,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Damansara di sini petang ini.

Salmah, seorang suri rumah ditemani oleh dua anak lelakinya, Abdul Razak yang bekerja sebagai 'pub bouncer' dan Mohamad Rosli, 20, iaitu pembantu dapur serta nenek mereka Jamilah Magar Saib, 56.

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam juga menemani mereka ketika laporan polis dibuat.

Salmah mendakwa terdapat banyak percanggahan dalam persekitaran yang menyelubungi kematian Johari khususnya dalam keterangan diberikan kepada media dan kepadanya oleh seorang anggota polis bernama “Afendi”.

“Anggota polis itu memberitahu saya bahawa ada empat yang lain ketika kejadian dan mereka dipantau selama lima hari sebelum ditembak.

“Mereka mendakwa anak saya menembak ke arah mereka dan empat yang lain melepaskan diri ketika tembakan. Saya mendapati yang ini sukar untuk dipercayai,” katanya.

Malah katanya, Afendi juga mendakwa Johari melepaskan lapan das tembakan ke arah polis sebelum mereka membalas tembakan.

Ibu berusia 41 tahun ini dengan menitiskan air mata berkata, dia mengesyaki sesuatu berdasarkan keadaan mayat anaknya apabila dia dibenarkan menziarahinya di rumah mayat Hospital Serdang semalam.

Sivarasa, yang berada di rumah mayat bersama keluarga itu semalam berkata, tangan kanan Johari juga patah.

“Anda boleh lihat tangan kanannya patah, berbentuk V. Persoalannya ialah bagaimana dia boleh mematahkan tangan dia? Selepas atau sebelum tembakan?” katanya.

Beliau menambah, apabila Afendi, dari balai polis Dengkil ditanya mengenai tangannya, dia memberitahu bahawa tiada apa-apa masalah dengan tangannya.

“Keluarganya juga tidak gembira dengan hospital. Pertama, mereka hanya dibenar menziarahi jenazah Johari untuk beberapa saat.

“Kemudian, apabila bedah siasat lengkap, mereka tidak dimaklumkan oleh doktor yang bertugas, yang secara kebetulan, ahli patologi yang mengendalikan bedah siasat pertama ke atas A Kugan, yang kemudian dipertikaikan di mahkamah,” kata Sivarasa.

Kata beliau, sehingga kini tiada rekod jenayah ke atas Johari.

“Kami bukan menentang tahanan mengikut undang-undang, tetapi jika dia bersalah, dia seharusnya ditangkap dan dibicarakan di mahkamah dan bukannya ditembak mati,” kata Sivarasa.

“Saya hanya mahukan keadilan ke atas anak saya. Jika dia melakukan kesalahan, tangkap dan penjarakan dia, jangan tembak dia,” kata Salmah.

Salmah kali terakhir lihat anaknya seminggu lalu dan mendengar suaranya kelmarin, kemungkinan beberapa saat sebelum ditembak.

“Dia memanggil saya tetapi sebelum saya menjawab, talian terputus. Saya merasakan itu ketikanya dia ditembak mati,” katanya.

Jamilah berkata, kali terakhir dia bertemu Johari adalah dua hari lalu di rumahnya di Kayu Ara di sini.

Menurut laporan Kosmo, bapa Johari ditembak mati oleh polis dua tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kejadian penculikan dan beberapa jenayah lain di Selangor. -TMI

 
Dulu bapa, kini anak mati ditembak
ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang mati ditembak di sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil semalam.

SEPANG - Seorang penjenayah berusia 20-an yang dipercayai terlibat dengan geng samun kenderaan mewah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis berhampiran sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil di sini malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam selepas sepasukan polis dari cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan intipan di hotel tersebut sejak pukul 5.30 petang.

Hasil intipan tersebut, polis mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih yang dipercayai dicuri oleh suspek bersama rakan-rakannya diletakkan di belakang hotel tersebut.

Kosmo! Ahad difahamkan, dua tahun lalu bapa suspek juga mati selepas ditembak polis kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan jenayah kekerasan di beberapa kawasan di Selangor.-kosmo

Pas bukan lagi parti 'ceramah', Umno semakin menggelabah!

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/karnivalsukanpasti%20082.jpgSETIU - Karnival Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah antara kepelbagaian program yang dilaksanakan oleh PAS, yang menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS hanyalah 'parti ceramah' sahaja.

Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda berkata, pada hakikatnya, Umno telah meniru PAS dalam sistem pendidikan Pra-Sekolah, Pasti telah menjadi ikutan Umno dari segi pengisian kurikulumnya

"mudah-mudahan program kita ini (Karnival Sukan Pasti) sedikit sebanyak membuka minda dan tanggapan masyarakat terhadap PAS, yang selama ini merasakan bahawa PAS ini adalah parti ceramah sahaja,

"hakikat yang tidak dapat dinafikan sesungguhnya Pasti satu-satunya (program) pra-sekolah yang berjaya mendidik, membentuk generasi anak-anak kepada yang terbaik,

"walaupun seringkali Umno mengatakan pelbagai tuduhan, tetapi senyap-senyap dia tiru kita, kalau kita mula degan doa, le ni (sekarang ini) dia pun doa juga,"ujarnya ketika berucap merasmikan Karnival tersebut yang diadakan di Dataran Ulamak' Batu Rakit, dekat sini, Sabtu, 14 Mei

Yang lebih hebat, menurutnya, PAS ada pendidikan pra-sekolah Pasti tetapi Umno tidak ada pendidikan pra-sekolah kerana Tadika adalah program kerajaan, bukan progarm Umno.

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/karnivalsukanpasti%20094.jpgJusteru, katanya, program-program PAS semakin mendapat sambutan masyarakat, yang umumnya telah berubah dan mahukan perubahan, menyebabkan Umno dalam keadaan 'menggelabah'

"hari in semua orang bercakap ke arah perubahan, mahu perubahan, dan bersedia untuk berubah, walaupun kita tengok kenyataan Exco Kebajikan Yahya Khatib kata, (PAS) tak soh nok (jangan) angan-angan (mahu memerintah negeri) sebenarnya mereka cukup mengelabah. mereka bimbang,"jelas Ustaz Pauzi.

Beliau menyeru seluruh warga Pasti, ibu bapa dan semua yang hadir pada Karnival tersebut, agar menggerakkan 'perubahan' dan memastikan negeri Terengganu berubah, dari pemerintah Umno kepada PAS, pada pilihanraya akan datang.

"sebagai anggota yang mengerakkan masyarakat, kita bersama ibu bapa kepada pelajar yang kita didik. Insyaalah bukan dalam Karnival (ini) sahaja.

"tetapi bersama-sama kita mengajak ke arah perubahan, seterusnya memastikan Terengganu akan berubah dalam pilihan raya yang akan datang,"tegasnya. -BO


Orang Ramai 'Terkejut' Susulan Seminar Maqasid Shari'ah Anjuran 'Gabungan NGO Islam' Pahang Tiba-Tiba Ada Sambutan Luar Biasa Bukan Islam!

KUANTAN, 16 Mei - Orang ramai yang hadir ke Seminar Maqasid Shari'ah Dan Masyarak Majmuk di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini petang semalam terkejut dengan sambutan orang bukan Islam terhadap program itu. Program anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Pahang itu menampilkan Dr.Muhammd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang & Naib Presiden PAS Pusat) dan Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ketua Pemuda PAS).

Kehadiran peserta dari kalangan kaum India dan Cina amatlah memeranjatkan kerana program yang bermula sekitar jam 2.15 petang itu hanya disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dua jam kemudian. Anehnya, peserta bukan Islam dilihat duduk mendengar penjelasan daripada penceramah undangan dengan begitu kyusuk sekali, seolah-olah mereka memahami setiap penjelasan yang dibuat. Ini sesuatu yang amat luar biasa kerana program ini sendiri sebenarnya lebih difokuskan kepada umat Islam pada peringkat awalnya. Malah apa yang lebih menarik, mereka bukan sahaja mendengar tetapi juga mengeluarkan wang RM5 untuk membayar yuran penyertaan.

Senario ini tidak mungkin berlaku dalam program Islamik anjuran UMNO BN sebenarnya. Namun, apa yang berlaku semalam membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini malah juga berjaya mendidik orang bukan Islam supaya lebih mengenali agama itu sendiri. Apakah perkara sebegini boleh dilakukan oleh parti perkauman seperti UMNO agaknya?. Mungkin sampai kiamat pun mereka tetap gagal !.
 

Dato' Fauzi memperkatakan sesuatu kepada para penceramah seminar
Bukti, sebahagian daripada kaum Cina yang kyusuk mendengar taklimat

Lagi, kaum Cina dan India yang bersama menghayati ilmu
hukum Islam
Wakil kaum India juga kyusuk dengar penjelasan tentang hukum Islam
Orang ramai mengambil peluang bergambar kenangan dengan Anwar

[Program yang menampilkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman sebagai Moderator itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang selepas Anwar selesai membentangkan hujah-hujahnya. Ternyata penerimaan kaum lain terhadap Islam semakin menampakkan hasilnya biar pun baru beberapa tahun sahaja gabungan Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Ia jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang begitu lama wujud tetapi masih tidak mampu memberi kesedaran tentang perundangan Islam kepada kaum lain
di negara ini. Seminar itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta memahami matlamat utama hukum syarak yang bersifat universal untuk masyarakt majmuk di negara ini. Disamping itu juga ia memberi peluang kepada peserta menghayati bahawa perlaksanaan hukum, undang-undang bahkan kejayaan sesuatu program itu diukur dari segi pencapaian matlamat murni yang digariskan.

Malah, ia juga diadakan khas untuk memberika para peserta berupaya menjadikan maqasid shari'ah sebagai neraca dalam menilai dan mengganggap sesuatu. Secara amnya, peserta yang hadir berpuas hati dengan program tersebut]. -PahangDaily

Selepas dipukul samseng , Exco turun sendiri gantung banner

KUALA LUMPUR : Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut.

Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut.

Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh.

Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.

Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu.

“Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri,” katanya kepada Harakahdaily.

Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri.

Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu. -Hrkh

Analisis Menarik : Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Menurut Pakar Sains



KETIKA duta baru Amerika ke Malaysia, Paul W Jones mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di pejabatnya di Kota Bharu baru-baru ini, sebuah pertanyaan menarik telah diajukannya kepada Tuan Guru.
"Bagaimanakah Yang Berhormat memulakan kehidupan setiap hari," begitu sekira-kira bunyi pertanyaan itu.Tuan Guru segera menjawab bahawa seperti juga umat Islam yang lain, dia memulakan kehidupan setiap hari dengan solat Subuh, selepas itu dia memastikan tiba di pejabatnya pada jam 8.00 pagi, sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Rupanya jawapan ringkas itu serta mengetahui kehidupan Tuan Guru yang serba sederhana itu, duta tersebut merasa kagum. Kemudian mereka berbincang mengenai politik di mana Tuan Guru mengkritik dasar Amerika terhadap Palestin.

Demikianlah Tuan Guru Nik Abd Aziz dan kepimpinannya, kesederhanaannya, wawasannya, pemikiran dan segalanya menjadi perhatian bukan saja di dalam negeri bahkan di luar negara.
Pernah suatu masa dulu seorang wartawan Jerman yang bertemu Tuan Guru di rumahnya di Pulau Melaka begitu kagum apabila mendapati Tuan Guru - seorang yang bertaraf menteri – menjalani kehidupan sebagai orang kampung dengan membela kambing serta ayam di belakang rumahnya.

Kini, kepimpinan beliau menjadi fokus kepada seorang pakar sains dan matematik, Prof Dr Shaharil Mohd Zain yang menulis buku ‘Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman’, sebuah analisis menurut perspektif sains dan matematik, iaitu kajian yang belum pernah diadakan di Malaysia sebelum ini.

Tentu saja buku ilmiah ini, mungkin sedikit sukar untuk difahami oleh orang biasa, tetapi jika diteliti dan menggunakan formula tertentu, tidaklah begitu sukar memahaminya.

Baru-baru ini Pusat Kajian Strategik Kerajaan Kelantan telah menganjurkan Majlis Diskusi Buku tersebut di mana Prof Dr Shaharil sendiri menjelaskan pandangannya dengan diulas oleh penyair dan dramatis Dinsman daripada Paksi. Majlis berlangsung di Kota Bharu dihadiri oleh para Adun PAS dan pegawai Kerajaan Kelantan serta orang ramai.

Menurut Prof Dr Shaharil, bukunya itu mengenai kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz yang dinilai dengan menggunakan pandangan sarjana kepimpinan (besar) sepanjang zaman. Iaitu bermula dengan sarjana tidak bernama di Alam Melayu yang menulis mengenai cakravantin (pemimpin sejagat) di batu bersurat kerajaan Melayu-Champa, 1080 Masehi (di Vietnam), diikuti dengan pandangan sarjana Barat yang terkenal, Nicolo Machiavelli yang menulis buku ‘The Prince’, 1532 dan seterusnya hingga yang terkini, sarjana Barat bernama Kirkeby, tahun 2000.

Dr Shaharil menggunakan konsep dan kaedah ‘aksiom’ dalam membuat analisis mengenai kepimpinan Tuan Guru, berdasarkan pandangan sarjana besar berkenaan. ‘Aksiom’ bermaksud ciri-ciri atau sifat-sifat mengenai seorang pemimpin yang dipadatkan dalam beberapa ciri saja, untuk memudahkan analisis.

Pengarang buku ini memulakan analisisnya dengan menjelaskan perbezaan makna antara istilah ‘lead’ (Inggeris) dengan istilah ‘pimpin’ (Melayu). Kemudian dia menganalisis kepimpinan Tuan Guru berdasarkan ciri-ciri yang dirumuskan daripada pandangan sekumpulan sarjana Islam yang terdiri dari al-Baqilani, al-Mawardi, al-Juwaini, al-Qurtubi dan Ibnu Khaldun. Dari Alam Melayu pula Prof Shaharil memilih pandangan Bukhary al-Jawhary, berdasarkan buku karya kepimpinannya yang terkenal, Taj al-Salatin.

Sebenarnya para sarjana besar itu tidak membicarakan kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz. Mereka hanya membicarakan ciri-ciri kepimpinan yang unggul setiap zaman mengikut pandangan mereka. Prof Shaharil lalu memadankan pandangan para sarjana tersebut dengan kepimpinan Tuan Guru. Ini dengan tujuan untuk menilai kepimpinannya dan meletakkannya di atas neraca pandangan sarjana besar dunia tersebut, iaitu berdasarkan apa yang telah diusahakan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan. Dengan demikian secara tidak langsung juga Prof Shaharil telah mengangkat kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz ke taraf universal.

Dinsman dalam ulasannya mengenai buku tersebut dan kepimpinan Tuan Guru merasakan betapa perlunya imej dan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan ini dieksport ke luar Kelantan, khususnya ke negeri-negeri yang masih diperintah oleh Umno-BN. Ini supaya rakyat di luar Kelantan itu mengetahui kejayaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru. Sekali gus, katanya, rakyat di negeri-negeri tersebut mendapat maklumat jelas dan jujur akan kejayaan kepimpinan Tuan Guru.

Selama ini musuh politik PAS, tambahnya, memberikan gambaran sangat negatif mengenai Kelantan dan kepimpinan Tuan Guru. Mereka menggambarkan Kelantan mundur, miskin, pentadbirannya kucar-kacir, Tuan Guru lemah dan pelbagai lagi, padal hal hakikatnya tidak begitu. Memanglah apa yang boleh diharapkan daripada musuh politik PAS.

Bayangkan setiap hari berduyun-duyun rakyat di luar Kelantan melancong, membeli belah dan makan minum semahu-mahunya di negeri itu. Oleh itu, mereka telah menyaksikan pembohongan propaganda musuh politik PAS. Sepatah kata Almarhum Bunyamin Yaakub, ada berbelas-belas jenis nasi dan berpuluh-puluh jenis lauk-pauk dan makanan lain dihidangkan oleh restoran dan hotel-hotel siang dan malam di negeri Kelantan.

Tidak syak lagi, Tuan Guru Nik Abd Aziz telah menjadi sebuah legenda, sementara Kelantan sendiri telah menjadi negeri contoh bagaimana ia membangun bersama Islam. Inilah menjadi hujah kuat Dinsman supaya imej Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru dieksport secara meluas keluar Kelantan.

PAS sendiri, secara umumnya, telah memiliki sebuah negeri – Kelantan – yang terbukti menjadi ‘role-model’ sebuah pemerintahan berdasarkan Islam tetapi telah berupaya menyerlahkan perpaduan kaum, toleransi beragama yang tinggi dan pemerintahan yang bersih dan telus.

Inilah, barangkali, menyebabkan Prof Dr Shaharil, yang secara kebetulan anak kelahiran Pasir Putih, Kelantan dan penyair/dramatis Dinsman memberikan fokus istimewa kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz, mengetuai sebuah kepimpinan yang dilihat luar biasa oleh mereka.

Inilah persepsi terhadap Kelantan dan kepimpinan Tuan Guru. Ketika penulis dan Dinsman bertemu sebentar dengannya, Tuan Guru berkata, "Saya sedikit letih, banyak program, tapi saya gembira."Detkdaily

Buku Jingga: Sertailah debat, Pakatan pelawa lagi Najib

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Pemimpin Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada Datuk Seri Najib Razak agar pentadbirannya menyertai perbahasan sama ada 10 inisiatif Buku Jingga pihaknya benar-benar akan menjadikan negara muflis, sebaliknya memanfaatkan rakyat dalam jangka panjang.
“Kalau Najib nak tahu sama ada negara akan bankrap, cara yang baik adalah mengizinkan pakar-pakar ekonomi membahaskan cadangan Buku Jingga bersekali dengan Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan BN dipersilakan hadir sama,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisan blognya.

Kepimpinan Pakatan Rakyat pernah memanjangkan pelawaan sedemikian kepada Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, awal tahun ini.

Bagaimanapun ia ditolak kepimpinan beliau.
Pakatan Rakyat memperkenalkan Buku Jingga dengan 10 inisiatif pada konvensyennya 19 Disember lalu.

Dalam tulisannya bertajuk “Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini?”, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pendekatan Buku Jingga adalah berpaksikan rakyat iaitu usaha memakmurkan dan mensejahterakan rakyat, sementara Pakatan Rakyat mahu menjana persaingan sihat dan meningkatkan daya saing dengan menamatkan amalan kronisme dan rasuah dalam sistem penyampaian.

“Kami bukan tidak mesra bisnes, tetapi bukan bisnes yang mengorbankan rakyat dan negara,” katanya.

“Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini adalah buktinya! Buku terbitan kerajaan negeri Selangor 'The Road to Reform' adalah bukti terbaik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pendekatan reformasi ekonomi politik kami secara ilmiah,” katanya lagi.
Laporan media terbaru mendakwa akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memberi arahan khas untuk menghentam rancangan 100 Hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“Mengapakah BN tertekan dengan penampilan dan kehadiran Buku Jingga ini? Mengapakah Perdana Menteri Najib dan pimpinan BN takut sangat Buku Jingga ini?” katanya lagi.
“Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politik-ekonomi yang berpanjangan.

“Ia menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai penyelesaian alternatif,” kata beliau lagi.

Dzulkefly dalam tulisannya menyoal mengapa Najib menyerang Buku Jingga dengan tuduhan bahawa negara akan muflis atau bankrap.

“Muflis atau bankrap adalah kata-kata yang emotif dan sensasi yang cepat difahami rakyat. Jadi itulah cara paling kuno dan konvensional untuk Najib menyerang kami. Rakyat takut negara bankrap,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keseluruhan program Buku Jingga jika dilaksanakan tidak sampai pun menelan RM19 bilion.

“Tidak dengan itu negara akan bankrap. Negara pastinya bankrap dengan hutang kerajaan pusat dan GLC yang mencecah 60 peratus KDNK dan terus meminjam lagi.

“Tahun ini kerajaan akan menerbitkan RM82 bilion bon dan sukuk. Sebahagian diguna untuk bayar hutang dan kupon bon yang telah matang,” katanya sambil menambah, “bankrap mungkin, tapi bukan kerana Buku Jingga.”

“Pahang dan Johor mungkin bankrap kerana hutang, tidak Selangor dan Pulau Pinang dan tidak juga Kedah dan Kelantan,” jelas beliau.

Dzulkefly juga menulis, “betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik dan sekali gus Program 100 kerajaan Pakatan Rakyat, andainya kami mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan.”

Bekas pengarah unit penyelidikan PAS pusat ini menambah, pihaknya bukan sahaja bercakap tentang pertumbuhan dan pendapatan per kapita tetapi memastikan pertumbuhan mapan dan berakhir dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“... antara lain dengan agihan kekayaan negara yang adil dan rakyat dapat meningkatkan pendapatan boleh berbelanja, yang tidak ditelan oleh inflasi.

“Kami lakukan reformasi politik bersekali dengan peralihan struktural dengan mendekati isu contohnya, subsidi dan kaedah penswastaan yang tidak akan membebankan rakyat dan menguntungkan kroni semata-mata,” kata anggota Dewan Rakyat ini.

Dzulkefly menulis, kepimpinan Pakatan Rakyat juga mendekati perkara itu dengan menentukan keutamaan dalam pelaburan kerajaan berpandukan ‘fiqh Al-Awlawiyyat'.

“Nak bina Menara Warisan (100 tingkat dengan dana RM5 bilion) ke atau nak mendayakan rakyat dengan memberikan perkhidmatan asas dengan harga yang munasabah. Ini kesemua adalah keputusan politik dan komitmen politik.

“Tetapi Najib-BN hanya bercakap tentang projek mega, mutakhir kereta api laju ke Singapura, dulu Bakun yang hingga kini tak ada pembeli tenaganya,” katanya lagi.

Malah kata beliau, Pakatan Rakyat juga merungkaikan masalah perbezaan pembangunan wilayah dengan pendekatan desentralisasi polisi fiskal dengan mendayakan pihak negeri dalam isu royalti dan peruntukan per kapita yang lebih adil untuk kerajaan negeri dalam amalan federalisme yang lebih demokratik.

“Bukan seperti yang ‘rompakan’ yang dilakukan atas royalti minyak negeri Kelantan dengan mencerobohi kesucian perjanjian yang menakutkan pelabur asing dan tempatan,” katanya lagi

Sabtu, 14 Mei 2011

Jemputan Munajat Rakyat Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily Serta Pimpinan Pakatan Rakyat

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut:

14 Mei 2011 (Sabtu)
Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.
Bermula jam 7 malam.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.

3. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
 
YB Ahmad bin Kasim
Pengerusi,
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.
—-

TENTATIF PROGRAM
MUNAJAT  RAKYAT MENOLAK FITNAH & CERAMAH PERDANA .
ANJURAN BERSAMA PKR SELANGOR DAN BIRO PEMAHAMAN & PEMANTAPAN AGAMA (BIPPA).

6.30 PETANG      : kehadiran tetamu / orang ramai.
7.00 malam         : persediaan untuk solat maghrib.
7.20 malam         : Solat Maghrib.

Tazkirah Maghrib : Qazaf dan Sumpah Laknat – Antara Syariat & Adat.
Oleh : Ust Hj Abd. Ghani bin Samsudin (Syura)

8.33 malam         : Solat Isya’

Solat Hajat pimpinan Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily.

9.00 malam         : Ceramah Perdana :

i)YB Azmin bin Ali (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor)

ii)Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid (Pengerusi  SAF Anti Fitnah)
(Membaca Deklarasi SAF untuk rakyat Malaysia)

iii)YB Dato Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat (Murshidul Am PAS)

iv)YB Dato Seri Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan)

v) Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily  di terjemah oleh Dr Mohd. Nur Manulty (Ketua Penerangan PKR)

Moderator Majlis: Dr Badrol Amin Bahron (Ahli MPP)
 

"Henti aibkan Anwar"- TG Nik Aziz


KOTA BHARU : Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.

“Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita," katanya. -Hrkh

Anwar, Sheikh Wahbah di pentas Maqassid Syariah

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahUlama Besar Dunia dari Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily tampil pada majlis wacana Seminar Maqassid Syariah yang diadakan di Melaka dan turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seminar bertajuk 'Maqassid Syariah Dalam Masyarakat Majmuk' adalah anjuran ABIM dan dihadiri lebih 250 orang yang terdiri daripada NGO, termasuk anggota ABIM sendiri.

Selain Anwar, turut tampil selaku penceramah adalah mereka yang pernah menerajui ABIM termasuk Prof Dr Mohd Nur Manuty dan Yang Dipertua PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Ketika menyampaikan ceramah selama kira-kira setengah jam itu, Prof Dr Wahbah menjelaskan tentang maksud maqassid syariah yang dapat difahami bahawa setiap peraturan ajaran Islam yang diturunkan bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.

Menurutnya, ia adalah satu keperluan asas dan akibat jikalau tidak mengikutinya akan menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua iaitu yang cintakan keamanan serta yang gemar menyalakan api kebencian masyarakat.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahKatanya, program yang dianjurkan itu amat baik dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama dalam konteks penyatuan masyarakat di negara ini.

Beliau turut menjelaskan, Islam adalah agama yang terbuka kepada semua bangsa dan penganut agama lain.

"Sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja yang bernaung di bawah Islam tidak kira berlainan agama dan bangsa akan mendapat faedah serta kebaikan.

"Di dalam al-Quran jelas menyatakan Islam itu sendiri membawa keamanan dan menyelamatkan hak-hak setiap masyarakat," katanya ketika menyampaikan ceramahnya petang semalam.

Ulama Besar Dunia from Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahMengupas lebih mendalam mengenai maqassid syariah, Dr Wahbah berkata, ia adalah asas kepada agama Islam dan dianggap sebagai akar umbi agama.

Malah, jelasnya, salah satu nama Allah juga iaitu as-Salam bermaksudkan pendamaian, justeru beliau menyeru supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dan jangan berpegang hanya kepada sesuatu kaum tertentu sahaja.

"Sekiranya terdapat pertikaian, eloklah dibawa berbincang atau menyertai forum bagi menyelesaikan segala kekusutan demi melahirkan kedamaian.

"Di samping itu, Islam juga mengharamkan pembunuhan biarpun sesama bukan Islam," katanya. -M'kini

Pemuda ‘upahan’ Umno ganggu ceramah Anwar di Melaka


MELAKA: Yang Melayu membentang tikar dan duduk. Yang Cina mahupun India, ada berdiri dan ada yang duduk di bangku kecil yang dibawa dari rumah.
Tiga gaya berbeza namun satu matlamat sama – mendengar ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka hadir Ceramah Perdana Tawan Melaka PRU-13, ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ di Pejabat Pas Kawasan dan Unit Peti Undi Bukit Katil dan walaupun ia berlangsung di markas PAS, ceramah itu menarik khalayak pelbagai kaum.

Pengerusi Majlis Pimpinan Melaka merangkap Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin memulakan ceramah dengan memohon maaf kerana hadirin terpaksa bersusah payah untuk hadir ke ceramah.

Secara berjenaka, beliau menyatakan Bukit Katil adalah kawasan ‘paling selamat’ di Melaka kerana banyak sekatan jalan raya pada malam ini.

“Polis sekarang adalah pencegah ceramah, bukan lagi pencegah jenayah,” sindir beliau.

Beliau berkata, lokasi asal yang dijadual di Paya Rumput terpaksa dipindah ke Bukit Katil kerana satu lubang besar digali untuk menghalang orang mendengar ceramah.

“Ia mengingatkan saya kepada Perang Khandaq (peperangan pada zaman Rasulullah ketika menyebar Islam),” kata Shamsul.

Shamsul kemudian meningkatkan ‘suhu’ ucapan dengan menyegarkan ingatan hadirin kepada penganiayaan terhadap Anwar.

“16 Mei ini, Datuk Seri (Anwar) tak perlu dipanggil bela diri sebab sepanjang perbicaraan tiada bukti Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan,” katanya.

Beliau sempat berjenaka dengan berpesan kepada hadirin agar ‘memasang’ niat betul apabila menonton atau membaca media kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mudah terpengaruh dengan putar belit mereka.

“Kalau baca Utusan atau tengok TV3, kena pasang niat. ‘Sahaja aku tengok TV3 atau baca Utusan tak mahu percaya apa yang dilapor,” katanya dengan disambut gelak tawa.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani kemudian mengambil tempat untuk berceramah tetapi ucapannya kerap diganggu sekumpulan kira-kira 20 penyokong Umno yang berteriak ‘Hidup Saiful’ dan ‘Anwar b*b*’ dari seberang jalan.

Sebaik sahaja Anwar mengambil tempat untuk berceramah, beliau menempelak penyokong Umno itu.

“Bayar RM50, tolong jerit pada ceramah. Jangan jadi hamba orang rasuah. Kerja tidak ada. Pendidikan, tidak ada. Yang ada RM50, upah jerit. Dalam Quran, disebut ‘keldai’,” katanya disambut sorakan gemuruh.
Anwar turut menempelak Puteri Umno yang pernah menyamakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin.

“Orang begini jahil, angkuh, bodoh. Paling saya menyampah dengan orang macam ini,” kata Anwar.

Berucap lebih lanjut, Anwar berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan, beliau bersyukur ke mana-mana beliau pergi, sokongan tetap diberi.

“Hari-hari dicerca, mana-mana saya pergi sokongan tetap ada. Maknanya, bukan semua rakyat bodoh,” katanya.

Dalam ucapan, Anwar juga menjelaskan, isu jam Omega tidak diteruskan polis dan Umno kerana jam yang diserahkan Eskay kepada polis sebenarnya ‘dibeli’ beliau pada 2004, sewaktu masih dalam penjara.

Beliau juga sempat berkongsi pengalamannya dipujuk Ahli Lembaga Pengarah Bank Baraqa untuk tinggal di luar negara sewaktu berkunjung ke Bahrain baru-baru ini.

“Tak payah duduk di situlah (Malaysia), kami tengok (dugaan yang dihadapi Anwar) kami pun tak tahan,” cerita Anwar yang tetap mahu meneruskan perjuangan demi rakyat Malaysia.

“Rakyat tidak cerca saya, yang cerca saya pemimpin Umno,” kata Anwar.

Tentang 'Lynas' demi anak cucu kita!

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/demo%20lynas.jpgIsu penubuhan kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng merupakan isu besar yang sedang diperkatakan masakini. Penubuhan kilang yang memproses 'rare-earth' yan akan menghasilkan sisa radioaktif beracun 'kek thorium' sebagaimana yang pernah dialami oleh penduduk di Bukit Merah, Perak.

Antara yang lantang mengenengahkan isu ini ialah Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad. Buletinonline berkesempatan menemubual beliau tentang isu berkenaan ketika beliau menghadiri program ceramah isu semasa di Chukai, Kemaman baru-baru ini Ikuti temubual dengan beliau;
_____________________________________________________________________________________
BO - Mengapa Lynas perlu ditentang?


Suhaimi - Yang pertama sekali kita bincang persoalan tentang mengapa kita lawan dan kita tentang Lynas diantara sebab kita lawan Lynas yang nak dibuka di Gebeng Kuantan, Yang pertama kita ada sejarah hitam di Bukit Merah, negeri Perak, apabila kilang yang memproses 'rare-earth' dibuka beroperasi pada tahun 1982 dan kesan daripada itu kita boleh lihat bagaimana penduduk menerima kesan selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi. Walaupun pada ketika itu menteri katakan bahawa (ia) selamat, kemudian jabatan atom yang ditubuhkan pada (tahun) 1895 juga berkata (ia) selamat tapi hakikatnya penduduk terpaksa berhadapan dengan 1 masalah kesihatan yang sangat serius sehingga adanya lahir bayi yang cacat, kemudian Leukemia dan plumbum, beracun dalam darah dan sebagainya .

Kemudin yang kedua ialah, kita dapati bahawa ada maklumat yang tak telus dalam isu yang lain (berkaitan). Dalam EIA ataupun laporan alam sekitar lansung tidak menyebut bagaimana pengurusan sisa 'thorium', sisa yang dihasilkan daripada pemprosesan 'rare-earth' ini tidak diberitahu. Banyak mana 'rare-erath' itu nak diproses di Gebeng juga tidak di beritahu, sisanya banyak mana pun tidak diberitahu. Cuma kita mendapat maklumat rasmi daripada parlimen Australia, prosesnya (rare-earth) akan berilaku dalam (kuantiti) 22,000 ribu tan dan akan menghasilkan sisa berjumlah 2,200 tan setahun. Cuba bayangkan kalau sisa itu berkumpul sehingga 20 tahun dia ia akan membawa satu bencana yang besar kepada masyarakat, dan sehingga hari ini kita dapati bahawa masalah pengurusan sisa ini pun todak ada (keputusan) muktamad. Pengarah Jabatan Atom, YM Raja Aziz memberitahu bahawa sisa (thorium) tidak ditinggalkan disini. sedangkan CEO Lynas yang datang dari Australia singgah di Kuala lumpur baru ini. menyebut bahawa sisa ini, telah mendapat keizinan daripada kerajaan Malaysia, untuk (ia) ditinggalkan disini buat selama-lamanya .

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/mangsa%20Bukit%20Merah1.pngKemudian yang ketiga kenapa Lynas yang datang beroprasi disini, dia menggunakan 'standard' piawaian negara China (dan) tidak mengunakan piawaian negara Australia, sebagaiamana (sedangkan) dia (Lynas adalah sebuah) syarikat (dari) Australia. Dalam piawaian Australia kita dapati bahawa kerajaan Australia telah meletakkan syarat (kedudukan kilang) 35 km jauh dari penempatan manusia..tapi hari ini kita lihat apabila dia mengambil piawaian China, kedudukan kilang ini (letaknya) 2 km (daripada) ada Taman Perumahan (iaitu) Balok Perdana, Balok Makmur dan perkampungan yang lain. yang bila kita kita lihat perkampungan itu yang (letaknya) di sekiling kilang ini. jumlah penduduk yang ada dalam sekitar 5 hingga 10 km. ada (kira-kira) 16 ribu (orang) penduduk. Kemudian bila kita check (semak) dalam internet, antara wilayah yang terkesan dengan pemprosesan 'rare-erath' ini ialahi adalah Bota, di negara China dekat dengan Mongolia dan kita dapati bahawa NGO alam sekitar (disana) mengisytiharkan air tidak boleh untuk digunakan untuk manusia, untuk haiwan, tumbuhan, dan inilah yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini. (kita harap) agar ini tidak berlaku kepada negara kita pad hari ini. Sebab itulah hari ini kita menentang penubuhan Lynas dan kita menggerakan pelbagai cara untuk memastikan bahawa kilang ini tdak beroperasi.

BO - Apa sikap PAS?


Suhaimi
- Sikap kita PAS khususnya PAS negeri Pahang sebab kilang ini berada dalm negeri Pahang, kita mengambil sikap, apa sahaja yang mengancam kehidupan manusia, kita akan tolak dan kita akan tentang Sebagaimana Lyinas ini mengancam kehdupan manusia dan alam Persekitaran,. sebab itulah mesyuarat PAS negeri Pahang telah memustuskan untuk kita menggerkkan kesedaran rakyat terutamanya dikalangan orang Melayu. Hari ini di kalangan orang Melayu, kesedarannya sangat nipis, sangat sedikit kerana kita tidak ada akhbar (yang mendedahkan) sebagaimana orang Cina, kalau ditanya mengapa orang Cina ramai yang memberikan sokongan, sebab akhbar (berbahasa) Cina secara telus memberikan maklumat secara terperinci menyebabkan kesedaran itu merata di kalangan orang Cina.Tetapi dikalangan orang melayu kita dapati bahawa akhbar (berbahasa) Melayu menyembunyikan maklumat-maklumat ini dan saya dimaklumkan juga (akhbar) Sinar Harian yang sebelum ini memberikan liputan kepada apa-apa sahaja program yang dibuat untuk kita membantah Lynas ini. akhbar Sinar Harian juga telah diberi amaran supaya tidak memberi liputan terhadap apa sahaja penentangan rakyat terhadap Lynas .
BO - Apa bentuk kempen yang telah dilaksanakan?


http://buletinonline.net/images/stories/berita47/mangsa%20Bukit%20Merah2.pngSuhaimi - kempin yang telah kita buat ini kita diperingkat (kampung) Balok khususnnya kita telah tubuhkansatu Jawatankuasa untuk menentang Lynas ini dan jawatankuasa ini juga disokong oleh PAS negeri Pahang melalui (pesuruhjaya) Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man baru-baru ini telah memberikan satu komitmen untuk bersama-sama untuk menggerakkan rakyat dan kita duduk dalam komiti 'SAVE MALAYSIA' dan beberapa lagi NGO alam sekitar yang pada hari in sedang bergerak rancak untuk menentang Lynas ini

Sehingga hari ini kita telah mengadakan 4 siri demostrasi di beberapa masjid dan kita sedang mracang untuk akhirnya kita akan gembelingkan seluruh rakyat pelbagai kaum selepas kita berikan kesedaran secara berperingkat ini untuk kita kumpulkan, kita 'mobilise' (gerakkan) dalam satu himpunan yang besar dan bantahan ini juga telah sampai ke parlimen. Diparlimen kita turun untuk menyerahkan tandatangan lebih daripada 20,000 rakyat dan sempena sambutan hari ibu (bru-baru ini) kawan-kawan kita dari bangsa Cina telah buat sambutan Hari Ibu, diantara tujuannya menghimpunkan ibu-ibu mengandung dan yang mempunyai anak, berhimpun di pantai Teluk Cempedak dan jumlah kehadiran sangat membangsangkan, lebih dari 1,000 orang berhimpun disitu. Dan AlhamduliLah pihak keselamatan tidak menggangu. mereka cuma mengawal beberapa kawasan sahaja tidak ada 'roadblock' dan ia berjalan dengan baik, dan pada 20hb Mei (ini) rakyat Kuantan akan turun untuk menhantar memorandum ke kedutaan Australia. pada 20hb. sembahyang Jumaat di masjid Tabung Haji dan kemudian kita akan berarak pergi ke kedutaan Ausralia dan kita hantar memorandum di bantu juga oleh beberapa NGO yang lain seperti sahabat alam Malaysia, TERAS dan beberapa NGO yang lain.

BO - Apa seruan kepada seluruh rakyat

Suhaim
i - saya menyeru kepada semua rakyat seluruh negara untuk sama-sama membantah penubuhan Lynas ini kerana ia merupakan satu isu yang sangat bahaya yang mengancam kehidupan rakyat. Berdasarkan kepada maklumat-maklumat hari ini kita dapati bahawa setiap hari ada saja maklumat yang baru yang kita dapat yang memeberikan petunjuk kepada kita bahawa kena kena lawan, kita kena tentang industri ini. Kesan industri ini bukan jangka pendek tetapi jangka panjang, sebahagiannya mungkin tidak akan terkesan, dikalangan warga yang 'berumur' mungkin tidak terkesan, tetapi ketahuilah bahawa anak-anak kita yang meneruskankan kehidupan akan merasai kesan ini sebagaimana (tragedi) Bukit Merah, mereka yang berhempas menentang industri 'rare-earth' ini bermula pada tahun 80-an dan kesanya kita dapati pada tahun 1991, 1992, 1993, banyak kelahiran cacat, anak-anak yang kena Leukemia. Kesannnya kepada anak-anak, jadi demi anak-anak kita, maka marilah sama-sama saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama dengan kami untuk menentang Lynas ini, kita pastikan bahawa Lynas ini tidak beroperasi di sini, sebab dia akan meningagalkan sisa yang sangat banyak yang memberikan ancaman besar. Kita tak izinkan (walau) secubit tanah (daripada) Australia di letakkan dibumi kita ini, IsyaAllah.

** sesiapa ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu ini boleh ke blog najwasuhaimi.blogspot.com. dan laman sosial Facebook, 'Satu Malaysia Bantah Rare-Earth'. -BO

Arah hentam Buku Jingga bukti Najib takut

SHAH ALAM : Arahan khusus Pejabat Perdana Menteri agar media arus perdana terutama Utusan Malaysia menghentam tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga mengambarkan kebimbangan kerajaan pemerintah berada pada tahap yang serius.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata kerajaan Najib Razak hanya mampu mengkritik dan memburuk- burukkan tawaran Pakatan Rakyat, melalui media kawalannya dan bukannya menawarkan dasar yang jauh lebih baik dari gagasan itu.

"Mereka lari daripada membincangkan isu dasar, kehadiran 'Buku Jingga' kami meletakan dasar yang akan membawa tranformasi besar, dan UMNO-Bn tidak lagi mampu untuk keluarkan satu dasar sebagai pembandingan menandingi 'Buku Jingga', walaubagaimanapun rakyat yang akan menilai," katanya.

Portal berita Malaysiakini melaporkan Pejabat Perdana Menteri didakwa memberi arahan khas kepada akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional (BN), Utusan Malaysia untuk menghentam Buku Jingga.

Arahan itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, semua akhbar diminta mendapatkan komen pelbagai pihak antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi menyokong kenyataan Najib itu.

Mengluas situasi ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata ternyata kewujudan Buku Jingga Pakatan Rakyat amat meresahkan UMNO BN, lantaran terpaksa mengumpul segala jentera bagi menenggelamkan relevannya tawaran gagasan itu.

"Bukti sememangnya utusan media yang dikuasai dan digunakan untuk kepentingan UMNO, arahan untuk membawa artikel-artikel tertentu dalam usaha memburukan Pakatan Rakyat," katanya.

Khlaid berkata, meskipun Najib dan pengikutnya seringkali memperlekehkan Buku Jingga, hakikatnya mereka memperakui kekuatan buku itu.

"Ianya juga bukti walaupun mereka rasa bahawa 'Buku Jingga' ini lekeh, dan dimain-mainkan, tetapi hakikatnya ia merupakan suatu perkara yang cukup dikhuatiri kerana takut dasar yang dibawa ini akan mendapat sokongan rakyat, atau menghasilkan sokongan untuk Pakatan Rakyat, ini adalah sebab kenapa mereka minta 'Buku Jingga' dijadikan sasaran utama pihak media, kerana mereka tahu, ini adalah bahan pilihanraya paling utama," ujarnya lagi.

Buku Jingga adalah dasar bersama yang dipersetujui PAS, DAP dan PKR, yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.
Oleh Naem Raffi - TVSelangor News

SMS: Arah Anwar undur atau anak Izzah diculik

 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

NONEDalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk "ancaman serius" terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

"Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

"Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya," tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan diculik pada 20 Oktober 2007 dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

dap pc on crime sharlinie campaign 280108 groupDalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa "sesuatu yang tidak elok" akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.
Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.
SMS penuh yang diterima berbyunyi seperti berikut:
“YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie.

“Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi.

“Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab.”
Dipercayai bermotif politik
Menurut Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai beliau pertama kali menerima ugutan itu pada 5 Mei lalu daripada individu tersebut yang mendesak bahawa "ada sesuatu perkara yang penting" untuk diberitahu kepadanya

anwar speech at mpaj 050511 01"Dia juga meminta agar saya menelefon beliau dengan segera. SMS tersebut diulang dua kali pada hari yang sama," katanya.

Katanya, beliau amat bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Beliau menyifatkan "ancaman" tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menamatkan perjuangan politik ayahnya.

"Saya percaya kesalahan serius telah dilakukan oleh penghantar SMS ini termasuk ugutan jenayah menurut seksyen 503, konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A, dan konspirasi serta percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh dan/atau menyebabkan kematian," katanya dalam laporan polis itu lagi.

Semua peruntukkan tersebut di bawah Kanun Keseksaan.

"Ini bukan kali pertama keluarga saya diancam bermotifkan politik kerana sebelum ini ugutan fitnah video seks dan sabotaj terhadap kereta yang dipakai ayah saya pada 19 April 2011," katanya. -M'kini