Selasa, 21 Disember 2010

Jentera Pakatan Dilancar Pada 1.1.11


Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang juga setiausaha Umno Labis mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan