Selasa, 21 Disember 2010

Kenapa anak Najib pun ada ?

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan tujuan sebenar pesawat yang membawa rombongan pelaburan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka yang ditahan di Lapangan Terbang Surabaya, Indonesia baru-baru ini.







Perkara itu didedahkan dalam siasatan yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor pada April 2009.
Sebelum ini, Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bersama keluarganya dan beberapa orang bekas exco kanan negeri itu membelanjakan hampir RM 1.8 Juta untuk melakukan 2 trip lawatan ke luar negara, termasuk perjalanan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland.
Media-media Malaysia juga tidak menyebut bahawa anak perdana menteri turut ditahan dalam pesawat berkenaan, yang menguatkan spekulasi bahawa pesawat khas itu membawa rombongan ‘pelaburan dalam percutian’.
Walaubagaimanapun, memetik laporan Bernama, pesawat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Dili Timor Leste dan ditahan pada kira-kira pukul 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas semula mengguna pesawat MAS ke Melaka pada pukul 11 malam hari yang sama.
“Pesawat membawa 81 penumpang dan sebagian besar merupakan keluarga Kesultanan Melaka. Di antaranya adalah salah satu menteri Malaysia dan putra Perdana Menteri Malaysia Najib Razak,”jelas laporan itu.
Menurut laporan portal itu lagi, pesawat carter jenis BAE 146-200 itu membawa seramai 81 orang, sebahagian besar merupakan ahli keluarga pegawai-pegawai berpangkat senior kerajaan negeri Melaka.
“Jika ia rombongan pelaburan ke Timor Leste, ia sepatutnya untuk beri pulangan kepada negeri dan tujuan ini tidak sepatutnya disalahgunakan untuk membawa ahli-ahli keluarga pegawai kerajaan negeri Melaka,”tegas Shamsul.Mengikut akhbar dalam talian Indonesia, Kompas.com pesawat itu ditahan di Bandar udara Internasional Juanda, Surabaya pada 14 Disember pada sekitar jam 12.15 waktu Indonesia barat.
Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka mempersoalkan kos sewa pesawat dan penginapan selama dua hari ahli rombongan terbabit, yang pastinya akan menelan belanja ratusan ribu ringgit.“Jika sekiranya betul laporan Kompas menyatakan anak Najib dibawa sekali, kita mahu tahu apakah tujuan sebenar Ali Rustam dan apakah kaitan rombongan mencari pelaburan dengan anak perdana menteri.
“Lebih menghairankan, timbul persoalan mengapakah anak perdana menteri turut serta dalam penerbangan berkenaan, berdasarkan laporan Kompas.com.

“Jesteru kita mendesak Ali Rustam supaya dia memberi penjelasan apakah sebenar yang berlaku. Apakah rombongan ini mencari pelaburan atau rombongan pelancongan ala Disney land seperti yang dilakukan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo dahulu,” soal Shamsul.
Ini kerana sebahagian besar rombongan yang dikatakan dalam misi mencari pelaburan ke Timor Leste itu merupakan ahli-ahli keluarga kerajaan negeri Melaka, termasuk salah seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sepertimana yang dilaporkan akhbar dalam talian Indonesia, Kompas.com.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan