Selasa, 21 Disember 2010

Percayakah Anda, 1Malaysia bukan hasil Ciplak?

Najib kata, “Saya rasa terkilan apabila dituduh konsep 1 Malaysia ini ditiru dari negara lain.
“Itu adalah satu pendustaan besar, kita tidak ciplak konsep 1Malaysia ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Tritahunan Ke-25 Cuepacs di Universiti Malaysia (UM) di sini.

Menurut Najib, konsep yang diperkenalkan beliau adalah sebuah konsep yang berteraskan untuk memberi keutamaan kepada rakyat di negara ini.

“Negara-negara lain boleh ada ‘one’ (satu) sana, ‘one’ sini tapi tidak ada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Mereka boleh satu tapi hanya Malaysia sahaja yang ada 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” tegas di hadapan kira-kira 1,177 perwakilan Cuepacs.

Tapi.. korang tengoklah logo 1Indonesia kat sebelah ni..


Gagasan 1 Malaysia tidak diciplak, tegas Najib

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terkilan apabila ada pihak yang mempersoalkan konsep 1 Malaysia dengan menuduh ia “diciplak” daripada negara lain.

Perdana Menteri mempertahankan konsep yang dibawa sambila menyifatkan dakwaan kononnya “diciplak” adalah satu “pendustaan besar.”

“Saya rasa terkilan apabila dituduh konsep 1 Malaysia ini ditiru dari negara lain.

“Itu adalah satu pendustaan besar, kita tidak ciplak konsep 1Malaysia ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Tritahunan Ke-25 Cuepacs di Universiti Malaysia (UM) di sini.

Menurut Najib (gambar), konsep yang diperkenalkan beliau adalah sebuah konsep yang berteraskan untuk memberi keutamaan kepada rakyat di negara ini.

“Negara-negara lain boleh ada ‘one’ (satu) sana, ‘one’ sini tapi tidak ada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Mereka boleh satu tapi hanya Malaysia sahaja yang ada 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” tegas di hadapan kira-kira 1,177 perwakilan Cuepacs.

Sebelum ini Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh konsep 1 Malaysia diambil daripada slogan One Israel dan ia menjadi pendebatan antara BN dan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan pimpinan beliau akan terus melangkah ke hadapan untuk mencapai realiti bukan sesuatu yang direka.

“Kita melangkah ke hadapan kepada realiti bukan kepada sesuatu yang direka dan kita perlu untuk capai apa yang kita katakan. Bukan tidak berpijak di bumi nyata.

“Amat mudah bila kita buat politik janji tapi apakah politik itu akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?.

“Saya percaya ahli Cuepacs boleh befikir, untuk bangunkan negara mesti datang dengan dasar yang bertanggungjawab bukan sesuatu yang kita cakap sebagai janji tapi tidak berasaskan kepada realiti,” katanya.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Najib berkata, bagi memastikan matlamat ke arah negara berpendapatan tinggi, kerajaan pimpinannya akan berbelanja hanya mengikut kemampuan.

“Kita nak menuju ke arah negara berpendapatan tinggi dan saya amat komited untuk merealisasikan perkara ini.

“Kita tidak mampu untuk bersikap berbelanja, kita kena ikut kemampuan. Yang penting masa depan terjamin di bawah kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan pimpinannya juga akan buat termampu untuk membantu rakyat. “Kita akan buat mana yang termampu, kalau kita tidak mampu kemudian berbelanja ia akan jadi musibah kerana kita melebihi daripada kemampuan sendiri.

“Jadi kita akan buat yang terbaik tapi dalam lingkungan yang termampu,” kata Najib.

Menteri Kewangan itu juga berkata, sekiranya kerajaan berbelanja di luar kemampuan negara ia akan memberikan impak yang besar. Najib juga berkata, kedaulatan negara akan terjejas sekiranya negara diperintah oleh badan-badan antarabangsa kerana kecuaian sendiri.

“Kalau nak bonus kita bagi tapi mesti lihat dari segi perspektif, kena lihat dari segi pertimbangannya juga.

“Sudah tentu kita tidak mahu negara ini ditadbir oleh badan-badan antarabangsa, sudah tentu kita mahu kedaulatan negara berada dalam genggaman,” katanya.

Beliau turut mengumumkan akan memberikan geran tahunan sebanyak RM2 juta kepada Cuepacs bermula tahun depan.

Selain itu, Najib turut memperuntukkan peruntukan khas sebanyak RM1 juta kepada Cuepacs untuk membaik pulih bangunan institusi itu.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan